Utusan Borneo (Sarawak)

Ramos selamatkan maruah PSG, rantai Rennes 1-1

- — AFP

Goncalo Ramos menyempurn­akan tendangan penalti, yang juga tendangan terakhir permainan untuk membolehka­n pendahulu Ligue 1 Perancis, Paris SaintGerma­in (PSG) seri 1-1 dengan Rennes pada Ahad.

Brest di tangga kedua, kurang 11 mata di belakang PSG selepas menewaskan Strasbourg 3-0 pada Sabtu.

Monaco naik ke tangga ketiga, kurang dua lagi mata selepas Takumi Minamino menjaringk­an gol pada minit kecederaan untuk memberikan kemenangan 3-2 di Lens.

Nice seri tanpa jaringan dengan kelab tercorot, Clermont dan kini satu mata di belakang di tangga keempat sementara Lille tewas 1-3 di Toulouse dan kekal di tangga kelima.

Pada perlawanan lewat, Marseille bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Montpellie­r 4-1 untuk kemenangan liga yang pertama mereka tahun ini.

Rennes, yang menewaskan AC Milan dalam aksi Liga Europa pada Khamis lepas, merehatkan Benjamin Bourigeaud, penjaring hatrik ketika menentang Milan, dan Martin Terrier.

Mereka bagaimanap­un masih berbisa apabila Amine Gouiri meletakkan Rennes di hadapan pada minit ke-39.

PSG mengeluark­an penyerang sensasi, Kylian Mbappe, yang merancang untuk meninggalk­an kelab pada akhir musim ini, selepas satu jam permainan.

“Kami harus membiasaka­n diri bermain tanpa Kylian Mbappe,” kata jurulatih PSG, Luis Enrique, yang juga mengeluark­an Ousmane Dembele dan Bradley Barcola.

“Ia satu pesanan untuk semua orang,” kata Enrique. “Saya sangat menuntut aksi daripada pemain. Jika anda fikir saya akan menerima pemain yang tidak fokus dalam padang, saya tidak. Saya mahu anda berkata kepada diri anda sendiri, apabila anda dalam kesebelasa­n utama, ‘saya mahu anda mengambil sepenuh peluang’.”

Ketika PSG terdesak mencari gol penyamaan pada minit kecederaan, Ramos, yang menggantik­an Mbappe, dilayangka­n kad kuning kerana sengaja menjatuhka­n diri untuk mendapatka­n penalti. Tidak lama kemudian, dia dijatuhkan oleh penjaga gol Rennes, Steve Mandanda.

Kali ini, panel video bantuan pengadil (VAR), memihak kepada Ramos, yang menyempurn­akan penalti untuk menyelamat­kan dua rekod tanpa kalah PSG: 18 perlawanan dalam Ligue 1 sejak bulan September dan 19 perlawanan dalam semua pertanding­an sejak bulan Oktober.

Keputusan seri juga menyelamat PSG dari kekalahan di tempat sendiri kepada Rennes untuk musim kedua berturut-turut.

Rennes sudah menewaskan PSG sebanyak tujuh kali hartawan Qatar membeli PSG pada 2011. Tiada kelab lain di Perancis yang mencatatka­n kemenangan begitu banyak ke atas PSG dalam tempoh itu.

“Kami kecewa dengan keputusan ini,” kata jurulatih Rennes, Julien Stephan, sambil menambah “penalti mudah diberikan kepada pasukan besar, atau di stadium tertentu...”

Di Lens, Folarin Balogun meletakkan Monaco di hadapan pada minit ke-19. Minamino kemudian menambah jaringan pada minit ke-30.

Lens merapatkan kedudukan menerusi gol Elye Wahi sebelum Wesley Said mengikat kedudukan pada minit ke-77.

Pasukan tuan rumah, yang tewas di Freiburg dalam aksi Liga Europa pada Khamis lepas, hilang rentak pada 10 minit terakhir.

Balogun gagal menyempurn­akan penalti pada minit ke-83 tetapi Minamino menyelamat­kan maruah Monaco dengan gol kemenangan pada minit kecederaan.

Di Nice, penjaga gol tuan rumah, Marcin Bulka, beraksi tangkas menepis satu tendangan penalti dari Shamar Nicholson untuk kali keempat menyelamat penalti dari enam tendangan yang dihadapiny­a dalam semua pertanding­an musim ini.

Nice hanya meraih satu kemenangan dari enam perlawanan terakhir.

“Prestasi kami tidak cukup bagus,” kata jurulatih Nice, Francesco Farioli, tetapi “ia bukan satu tragedi.”

Prestasi hambar Lille di gelanggang lawan berterusan apabila mensia-siakan pendahulua­n pada masa rehat sebelum tewas di Toulouse, yang mengakhiri tempoh tanpa menang di tempat sendiri.

 ?? — Gambar AFP ?? DIASAK: Ramos (kanan) diasak pemain pertahanan Rennes Guela Doue pada perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Rennes dan PSG di stadium Parc des Princes di Paris, kelmarin.
— Gambar AFP DIASAK: Ramos (kanan) diasak pemain pertahanan Rennes Guela Doue pada perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Rennes dan PSG di stadium Parc des Princes di Paris, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia