Utusan Borneo (Sarawak)

MAKSAK Sarawak menetapkan misi meraih kejuaraan di Johor

-

Pemain-pemain petanque Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak terpilih diharap menetapkan misi meraih kejuaraan pada Kejohanan MAKSAK Games 2024Petanq­ue dijadual berlangsun­g di Johor pada April ini.

Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti berkata ada beberapa orang terpilih mewakli Sarawak membabitka­n masing-masingnya tujuh pemain lelaki dan tujuh wanita.

“Misi kita ke Johor nanti (April depan) mesti menjadi juara,” katanya berucap pada penutupan Kejohanan Petanque Antara Bahagian Sarawak-Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK)

Sarawak Games 2024 di Arena Petanque Jepak, Kampung Sebuan Jepak di sini kelmarin.

Nyurak menyifatka­n misi tersebut antara harapan besar MAKSAK Sarawak memilih pemain-pemain Petanque Sarawak ke kejohanan MAKSAK di Johor tahun ini.

Beliau berterima kasih kepada pengurusan pasukan bertungkus-lumus menghantar pasukan hebat daripada 11 Bahagian yang mana Bintulu menghantar dua pasukan pada kejohanan petanque peringkat negeri di sini.

Begitupun katanya, misi untuk meraih juara pada kejohanan ini untuk Bintulu tidak kesampaian namun cuba lagi pada tahun depan, Bintulu pasti boleh.

“Adat bertanding tidak semua menjadi juara tetapi kita mengucapka­n tahniah dan penghargaa­n kepada pasukan Kuching meraih juara sekali gus tidak terus selesa memandangk­an pasukan lain memberi saingan pada masa akan datang,” katanya sambil berharap pasukan tewas tidak berputus asa.

Menurutnya, tahniah juga kepada Mukah meraih naib juara manakala Limbang dan Samarahan muncul tempat ketiga dan keempat.

Pada masa sama, beliau berterima kasih kepada MAKSAK Sarawak kerana memberi tanggungja­wab kepada MAKSAK Bintulu menganjurk­an kejohanan petanque melibatkan 11 Bahagian terdiri Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman,

Sarikei, Sibu, Mukah, Limbang, Betong, Miri dan Bintulu kecuali Kapit.

“Kita tidak mempunyai pengalaman banyak dalam penganjura­nnya serta meminta maaf sekiranya ada kelemahan,” jelasnya.

Hadir sama Residen Bahagian Mukah Kueh Lei Poh, Setiausaha MAKSAK Bintulu Harun Hatta, Pegawai Penguasa Kementeria­n Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Bintulu Barin Medan, Pegawai Menguasa Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak Bintulu Jolene Leong, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu Kigen Satong, Rosli Arshad mewakili MAKSAK Sarawak dan Presiden Persatuan Sukan Boules Bahagian Bintulu, Ismawi Bujang.

 ?? ?? TERBAIK: Nyurak bersama Kueh (enam dan lima kanan) dan tetamu bersama pasukan bertanding pada kejohanan terebut.
TERBAIK: Nyurak bersama Kueh (enam dan lima kanan) dan tetamu bersama pasukan bertanding pada kejohanan terebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia