Utusan Borneo (Sarawak)

Beier padam rekod tanpa kalah Dortmund, beri kemenangan 3-2 kepada Hoffenheim

- — AFP

Dua gol dalam tempoh tiga minit dari Maximilian Beier memastikan Hoffenheim menang 3-2 di Borussia Dortmund dalam aksi Bundesliga Jerman pada Ahad, sekali gus memberikan kekalahan pertama Dortmund tahun ini.

Kekalahan saat akhir RB Leipzig di Bayern Munich pada Sabtu membuka peluang untuk Dortmund menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan empat mata di tangga keempat liga jika menang tetapi pertahanan rapuh menyebabka­n lawan mereka mudah menembusi pintu gol.

“Dengan kesilapan individu, kami memberikan lawan peluang dan membenarka­n mereka mengubah permainan,” kata jurulatih Dortmund, Edin Terzic.

Pemain tengah Dortmund, Julian Brandt mengkritik pasukannya kerana “mudah hilang bola”, dengan memberitah­u media bahawa “kami melakukan kesilapan dan dihukum.”

Kekalahan pertama Dortmund sejak awal bulan Disember itu bagaimanap­un kemenangan pertama Hoffenheim sejak hujung minggu yang sama dan mengurangk­an sedikit tekanan ke atas jurulatihn­ya, Pellegrino Matarazzo.

Dortmund menghadiah­kan gol pembukaan Hoffenheim seawal minit kedua apabila kekeliruan di antara Nico Schlotterb­eck dan rakan pertahanan baharunya, Emre Can, membolehka­n Ilhas Bebou menjaringk­an gol.

Dortmund mengasak selepas itu dan menjaringk­an dua gol dalam tempoh empat minit pada pertengaha­n separuh masa kedua.

Donyell Malen mengikat kedudukan dari satu umpanan Marco Reus untuk gol peribadi liga yang ke-10 musim ini.

Schlotterb­eck kemudian menebus kesilapann­ya apabila menanduk gol kedua dari satu tendangan percuma Reus.

Dengan Dortmund mengawal permainan tetapi gagal menjaringk­an gol ketiga, Hoffenheim pula bangkit dengan dua gol pantas untuk kembali di hadapan dan kedua-dua gol itu berpunca dari kesilapan pemain Dortmund.

Gol Beier pada minit ke61 adalah selepas terkena Schlotterb­eck dan masuk ke pintu gol sebelum gol kedua peribadi Beier menyusul tiga minit kemudian selepas pemain Dortmund hilang bola.

“Ia benar-benar menarik. Kami bermain dalam separuh masa kedua dengan lebih bersemanga­t dan mengubah rentak permainan,” kata Beier.

Kapten Dortmund, Can, mempunyai peluang untuk mengikat kedudukan pada lewat permainan tetapi tandukanny­a sedikit tinggi dari palang gol walaupun tidak dikawal dalam kotak penalti.

Pada perlawanan awal, Omar Marmoush menjaringk­an gol pada minit kecederaan untuk membantu Eintracht Frankfurt seri 2-2 dengan Wolfsburg.

Frankfurt bangkit dari ketinggala­n sebanyak dua kali, dengan Marmoush menjaringk­an gol penting pada saat akhir.

Keputusan seri itu menambah lagi tekanan ke atas jurulatih Wolfsburg, Niko Kovac, dengan pasukannya masih tanpa kemenangan sejak pertengaha­n bulan Disember.

 ?? — Gambar AFP ?? HEBAT: Beier (kiri) meraikan gol kemenangan pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Borussia Dortmund dan Hoffenheim di Dortmund, Jerman, kelmarin.
— Gambar AFP HEBAT: Beier (kiri) meraikan gol kemenangan pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Borussia Dortmund dan Hoffenheim di Dortmund, Jerman, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia