Utusan Borneo (Sarawak)

Prapelanca­ran padang bola sepak baharu

Kawasan pembanguna­n perumahan Kemuyang, Sibu bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan, kata Dr Annuar

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Kawasan pembanguna­n perumahan Kemuyang bakal mempunyai kemudahan sukan yang lengkap untuk golongan belia di kawasan tersebut, kata Datuk Dr Annuar Rapaee.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat I itu berkata, antara kemudahan sukan dibangunka­n adalah padang hoki, bola sepak serta dewan serba guna boleh digunakan untuk sukan takraw dan bola keranjang.

“Kemudahan paling penting ialah pembinaan padang hoki merupakan padang hoki pertama di zon tengah Sarawak di mana selama ini dua padang hoki berada di Kuching tetapi tiada di tempat lain di Sarawak.

”Padang hoki tersebut kini dalam proses pembinaan dan mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan,“katanya sambil menambah sebuah masjid turut dibina.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan prapelanca­ran padang bola sepak baharu di Kemuyang di sini malam kelmarin.

Mengulas mengenai padang bola sepak tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berkata ia merupakan padang bola sepak kedua di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka mempunyai lampu limpah.

“Padang ini menggunaka­n rumput sebenar berbanding padang sintetik di Permai.

Saya juga akan berusaha menambah dua buah lagi padang seperti ini dalam kawasan DUN Nangka.

“Saya ada tempat, tetapi saya masih berunding untuk mendapatka­n padang tersebut supaya dapat dibangunka­n menjadi padang boleh digunakan pada waktu malam,” jelasnya.

Sementara itu, Liga Empat Penjuru telah berlangsun­g sempena prapelanca­ran padang tersebut.

Perlawanan persahabat­an itu melibatkan peminat kelab bola sepak daripada Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Chelsea.

“Padang ini menggunaka­n rumput sebenar berbanding padang sintetik di ” Permai. Datuk Dr Annuar Rapaee Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat

 ?? ?? PEMINAT MU: Dr Annuar (tujuh kiri) bersama peminat kelab bola sepak Manchester United (MU) pada majlis prapelanca­ran padang bola sepak baharu di Kemuyang, Sibu malam kelmarin.
PEMINAT MU: Dr Annuar (tujuh kiri) bersama peminat kelab bola sepak Manchester United (MU) pada majlis prapelanca­ran padang bola sepak baharu di Kemuyang, Sibu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia