Utusan Borneo (Sarawak)

Kontraktor perlu manfaatkan cuaca baik

Gandakan usaha untuk memastikan projek infrastruk­tur siap ikut jadual: Uggah

- Oleh Patricia Gari

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas mahu kontraktor projek infrastruk­tur seperti jambatan di seluruh negeri memanfaatk­an sepenuhnya keadaan cuaca yang baik ketika ini.

Menurutnya, mereka harus menggandak­an usaha bagi memastikan pelaksanaa­n projek infrastruk­tur dapat disiapkan mengikut jadual atau tidak tertangguh.

Uggah yang juga Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan berkata, kini kerajaan telah meluluskan banyak projek jalan di seluruh negeri dan dalam proses pelaksanaa­n.

“JKR (Jabatan Kerja Raya) negeri telah diarah melipatgan­dakan usaha mereka bagi pelaksanaa­n projek.

“Di Daerah Marudi sahaja, kita ada kira-kira 10 projek jalan. Bagaimanap­un hakikatnya di Bahagian Miri, terdapat dua agensi terlibat dalam pembinaan jalan iaitu JKR dan RECODA (Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah),” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke tapak projek Jambatan Marudi di Marudi semalam bagi melihat perkembang­an terkini projek berkenaan.

Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Mangil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan (MIPD) Datuk Chiew Chee Yau.

Menjelas lanjut, Uggah berkata RECODA mengkhusus kepada pembinaan jalan raya dalam kawasan Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA), justeru walaupun tugas

JKR berkuranga­n, ia akan terus memantau rapat semua pelaksanaa­n projek.

Mengenai projek Jambatan Marudi, Uggah berkata beliau sangat gembira dengan perkembang­an pembinaann­ya.

“Sekarang ia sudah siap 68.4 peratus berbanding jadual 56.33 peratus untuk tempoh dua tahun pembinaann­ya.

“Ia dijangka siap pada September tahun ini berbanding jadual asalnya menjelang Jun 2025 (dua setengah tahun),” jelasnya.

Beliau mendedahka­n, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika mengadakan lawatan ke Marudi tahun lalu telah meminta agar kontraktor bertanggun­gjawab menyiapkan Jambatan Marudi dalam tempoh dua tahun.

“Daripada apa yang boleh kita lihat hari ini (semalam), kontraktor melakukan kerja mereka dengan baik sekali seperti diminta.

“Mereka mempunyai jentera dan

bahan-bahan (binaan) termasuk membuat fabrikasi di tapak.

“Bagi mengatasi masalah kurang pekerja, mereka mengarahka­n pekerja bekerja pada waktu malam dengan bayaran pampasan sewajarnya.

“Inilah cara mereka bekerja untuk mencapai peratusan siap membanggak­an ini,” katanya.

Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd sedang menyiapkan baki kerja projek Jambatan Marudi dengan nilai kontrak berjumlah RM116.5 juta.

Pembinaan segmen-segmen jambatan sepanjang 650 meter dengan dua lorong itu dijangka bercantum menjelang Julai tahun ini.

Menurut Uggah lagi, inisiatif kontraktor Jambatan Marudi wajar dicontohi oleh kontraktor jambatan yang lain.

 ?? ?? BERJALAN LANCAR: Uggah (tengah) bersama Penguang (empat kiri) serta yang lain merakamkan kenangan berlatarbe­lakangkan Jambatan Marudi yang sedang giat dibina semasa lawatan ke tapak projek pembinaan jambatan tersebut, semalam.
BERJALAN LANCAR: Uggah (tengah) bersama Penguang (empat kiri) serta yang lain merakamkan kenangan berlatarbe­lakangkan Jambatan Marudi yang sedang giat dibina semasa lawatan ke tapak projek pembinaan jambatan tersebut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia