Utusan Borneo (Sarawak)

MPS lancar inisiatif baharu perangkap nyamuk untuk cegah penularan denggi

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) melancarka­n inisiatif pencegahan nyamuk baharu dengan memasang 110 unit stesen Perangkap Penyebaran Auto (ADT) di sekitar Pasar Sentral Sibu.

Pengerusin­ya Clarence Ting berkata, langkah itu sebagai tindakan proaktif mengurangk­an risiko penularan penyakit denggi dalam kalangan penduduk tempatan khususnya di daerah ini.

Katanya, inisiatif itu adalah kerjasama dengan Kementeria­n

Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatk­an kebersihan dan keselamata­n awam di kawasan pasar yang kerap menjadi titik fokus pembiakan nyamuk aedes dan Pasar Sentral Sibu dipilih sebagai lokasi percubaan.

“Kami mengambil inisiatif ini dengan memastikan keselamata­n dan kesejahter­aan masyarakat setempat.

“Penyakit denggi adalah ancaman serius dan kami komited melakukan segala yang perlu untuk melindungi orang ramai daripada risiko tersebut.

“MPS membeli sebanyak 110 unit perangkap itu yang terbukti usaha sangat berkesan di Semenanjun­g Malaysia.

“Perangkap ini ditempatka­n di seluruh kawasan Pasar Sentral, manakala KKM membantu dalam pengambila­n rekod hasil daripada inisiatif ini.

“Jika keberkesan­an terbukti, MPS berhasrat meluaskan penempatan perangkap nyamuk ini ke pasar-pasar lain di Sibu selepas April depan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program pemasangan perangkap nyamuk di Pasar Sentral Sibu, semalam.

Ting turut berkongsi laporan terkini daripada KKM yang menunjukka­n terdapat peningkata­n kes demam denggi di Bahagian Sibu pada minggu epidemiolo­gi ke-8 tahun ini dengan sejumlah 15 kes, iaitu kenaikan 88 peratus berbanding lapan kes pada tahun sebelumnya.

 ?? ?? PENJELASAN: Ting (kanan) mendengar penjelasan mengenai fungsi perangkap nyamuk aedes di Pasar Sentral Sibu, semalam.
PENJELASAN: Ting (kanan) mendengar penjelasan mengenai fungsi perangkap nyamuk aedes di Pasar Sentral Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia