Utusan Borneo (Sarawak)

Kes langgar lari di Miri, saksi diminta tampil bantu siasatan

Kejadian babit motosikal dan kenderaan yang belum dikenal pasti

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kes langgar lari yang berlaku di Jalan Miri-Lutong hingga menyebabka­n kematian seorang pengawal keselamata­n awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, setakat ini jenis kenderaan dan pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu masih belum dikenal pasti.

Justeru, beliau memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat atau pemilik kenderaan yang mempunyair­akamankeja­dian pada kamera papan pemuka mereka supaya tampil memberi kerjasama dengan menghubung­i pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Mohammad Amiruddin Hamdan di talian 018-9529957 atau Balai Polis Trafik Miri (085433587).

“Berdasarka­n laporan yang diterima, kita telah membuka satu kertas siasatan bagi membolehka­n siasatan lanjut dilakukan berhubung kes ini.

“Siasatan akan dibuat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n malam kelmarin.

Terdahulu menurut Alexson, pihaknya telah menerima satu laporan polis berhubung kejadian langgar lari yang berlaku di Jalan Miri-Lutong di sini membabitka­n sebuah motosikal dan sebuah kenderaan yang belum dapat dikenal pasti.

Katanya, siasatan awal mendapati motosikal yang dinaiki dua lelaki masingmasi­ng berusia 38 tahun (penunggang) dan 40 tahun (pembonceng) serta kenderaan yang melanggar mereka datang dari arah sama iaitu pusat bandar menghala ke

Bandar Baru Permyjaya.

“Setibanya di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai telah dilanggar dari arah belakang oleh kenderaan tersebut.

“Akibatnya, pembonceng motosikal telah disahkan meninggal dunia semasa mendapatka­n rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Miri, manakala penunggang mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan tangan,” ujar beliau lanjut.

Selainitu,menurutAle­xson, kesan daripada pelanggara­n tersebut telah menyebabka­n motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang.

Berdasarka­n laporan yang diterima, kita telah membuka satu kertas siasatan bagi membolehka­n siasatan lanjut dilakukan berhubung kes ini.

ACP Alexson Naga Chabu Ketua Polis Daerah Miri

 ?? ?? SIASAT LANJUT: Gambar menunjukka­n lokasi kejadian yang berlaku di Jalan Miri-Lutong. Gambar sisipan menunjukka­n motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa remuk teruk di bahagian belakang.
SIASAT LANJUT: Gambar menunjukka­n lokasi kejadian yang berlaku di Jalan Miri-Lutong. Gambar sisipan menunjukka­n motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa remuk teruk di bahagian belakang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia