Utusan Borneo (Sarawak)

Dua sekawan mengaku simpan kabel TM curi didenda RM3,500

-

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, semalam menjatuhka­n hukuman denda RM3,500 atau lima bulan penjara setiap seorang terhadap dua sekawan yang mengaku bersalah menyimpan harta curi iaitu kabel Telekom Malaysia (TM).

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhka­n hukuman tersebut terhadap Nur Afif Farihin Ishak, 26, dan Mohd Iswandy Hasani, 37, yang masing-masing didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun

Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Seksyen berkenaan memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, dua sekawan tersebut didakwa secara bersama melakukan kesalahan terbabit sekitar jam 4.30 pagi pada 24 Februari 2024 di tepi jalan di kawasan BDC, Stampin di sini.

Berdasarka­n fakta kes, pasukan polis membuat

Rondaan Cegah Jenayah di sekitar kawasan BDC Stampin pada malam kejadian dan terserempa­k dengan dua lelaki yang menunggang motosikal dan berada dalam keadaan mencurigak­an.

Pemeriksaa­n dilakukan dan polis menjumpai empat gulung kabel TM dan peralatan pemotong kabel bersama lelaki-lelaki tersebut.

Susulan itu, polis menahan mereka dan merampas barang kes untuk dibawa ke balai bagi tindakan selanjutny­a.

Kerugian dialami dianggarka­n sekitar RM2,000.

Hasil siasatan mendapati dua sekawan terbabit secara bersama telah melakukan kesalahan menyimpan kabel milik TM, malah mereka mempunyai sebab untuk mengetahui kabel jenis ‘200 pair’ tersebut merupakan harta curi.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim, manakala dua sekawan tersebut tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia