Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak pamer agenda ekonomi digital pada MWC24

‘Ruai Sarawak’ dibuka pada MWC24 sebagai platform promosi peluang pelaburan sejajar dengan agenda digital Sarawak

- Dato Sri Julaihi Narawi Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi

KUCHING: Sarawak mempamerka­n agenda ekonomi digitalnya pada Kongres Dunia Mudah Alih 2024 (MWC24) yang sedang berlangsun­g di Barcelona, Sepanyol dengan membuka reruai dikenali ‘Ruai Sarawak’.

Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Dato Sri Julaihi Narawi yang melancarka­n ‘Ruai Sarawak’ kelmarin, berkata ia berfungsi sebagai platform untuk mempromosi­kan peluang pelaburan sejajar dengan agenda digital Sarawak.

“Ruai Sarawak mempamerka­n inisiatif ekonomi digital digariskan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 yang menonjolka­n komitmen kerajaan untuk memacu inovasi dan memupuk pertumbuha­n dalam landskap digital,” katanya menerusi kenyataan akhbar selepas pelancaran ‘Ruai Sarawak’.

Julaihi yang mengetuai delegasi Sarawak ke MWC24, berkata dengan memfokus kepada inisiatif digital dan penyelesai­an lestari, Sarawak berhasrat meletakkan dirinya sebagai pemain utama dalam ekosistem teknologi mudah alih di Malaysia dan global.

“Kami sangat teruja untuk mengambil bahagian dalam Kongres Dunia Mudah Alih Barcelona 2024, platform yang menghimpun­kan pereka baharu, pemimpin pemikiran dan pakar industri dari seluruh dunia.

“Kehadiran Sarawak di MWC menekankan komitmen kami memacu inovasi dan memanfaatk­an teknologi untuk menangani cabaran dan peluang era digital. Ia juga penting, rancangan dan inisiatif pembanguna­n Sarawak dapat dilihat di peringkat global,” katanya.

MWC di Barcelona adalah acara terbesar dan paling berpengaru­h dalam sektor ketersambu­ngan dan komunikasi mudah alih.

Profesiona­l dan pemain industri daripada pelbagai bidang yang berkaitan dengan ketersambu­ngan, inovasi digital dan teknologi menghadiri

Ruai Sarawak mempamerka­n inisiatif ekonomi digital digariskan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 yang menonjolka­n komitmen kerajaan untuk memacu inovasi dan memupuk pertumbuha­n dalam landskap digital.

persidanga­n tahunan yang menampilka­n teknologi terkini dalam sektor telekomuni­kasi.

“Tahun ini, delegasi Sarawak menyasarka­n untuk meneroka penyelesai­an alternatif dan strategi antara rangkaian bagi merangsang pertumbuha­n ekosistem digital telek serta komunikasi dalam MWC24.

“Dengan memperoleh maklumat mengenai teknologi dan inovasi terkini serta melibatkan diri dengan peneraju industri, delegasi menyasarka­n untuk menjalin kerjasama yang akan meningkatk­an transforma­si digital dengan ketara di Sarawak, sejajar dengan salah satu pemboleh ke arah pertumbuha­n ekonomi,” kata Julaihi.

Sepanjang tempoh berlangsun­gnya MWC24, beliau berkata delegasi akan terlibat secara aktif dalam pelbagai lawatan teknikal dan sambil belajar.

Julaihi menjelaska­n usaha itu bertujuan mengenal pasti dan meneroka peluang serta teknologi terkini yang kondusif kepada aspirasi pembanguna­n Sarawak.

Antara wakil Sarawak yang menghadiri MWC24 ialah tiga Timbalan Menteri iaitu Datuk Liwan Lagang, Datuk Len Talif Salleh dan Datuk Abdullah Saidol.

Anggota delegasi turut disertai Setiausaha Kewangan Negeri Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti dan Telekomuni­kasi Jafri Lias, Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) Dato Dr Anderson Tiong Ing Heng, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) Sudarnoto

Osman, Pengarah Unit Pendigital­an Perkhidmat­an Awam Sarawak Grace Huong Siew Hung dan pegawai daripada Kementeria­n Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Unit Perancang Ekonomi, Sistem Maklumat Sarawak, Sarawak Energy Berhad dan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak.

Julaihi menambah, perwakilan padu ini menekankan komitmen Sarawak untuk memupuk kerjasama dan memanfaatk­an kepakaran global untuk kemajuan sektor digital dan telekomuni­kasinya.

 ?? ?? WAKILI SARAWAK: Julaihi (lima kiri) bersama delegasi dari Sarawak pada majlis pelancaran Ruai Sarawak di MWC24.
WAKILI SARAWAK: Julaihi (lima kiri) bersama delegasi dari Sarawak pada majlis pelancaran Ruai Sarawak di MWC24.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia