Utusan Borneo (Sarawak)

Kepimpinan cemerlang Premier Sarawak dapat pengiktira­fan Malaysia dan dunia

-

LIMBANG: Kepimpinan cemerlang Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memimpin Sarawak mendapat pengiktira­fan Malaysia dan dunia.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Abang Johari berjaya mengukir pelbagai kejayaan baharu merealisas­ikan hasrat menjadi wilayah maju berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

“Abang Johari sememangny­a pemimpin yang mempunyai wawasan jauh dan beliau telah diiktirafk­an sebagai pemimpin cemerlang bukan sahaja di Sarawak, Malaysia malah seluruh dunia.

“Justeru, kita sangat beruntung mempunyai kepimpinan sebegini, lebih-lebih lagi beliau merupakan anak kelahiran Limbang dan kita seharusnya menyokong usaha beliau untuk membangunk­an negeri Sarawak ini termasuk Limbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan PersatuanP­ersatuan Cina Bahagian Limbang di Dewan Suarah

Limbang malam kelmarin.

Turut hadir Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi, wakil Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi dan tetamu lain.

Menurutnya, Abang Johari juga berjaya memperkena­lkan dasar-dasar baharu yang boleh membawa Sarawak ke peringkat lebih tinggi.

Malah katanya, Limbang merupakan daerah kelahirann­ya turut menerima tempias pembanguna­n dengan pelaksanaa­n pelbagai projek mega.

Antaranya Lebuh Raya Pesisir Kawasan Utara, Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR), Tebingan Sungai Limbang serta projek mega lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia