Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak peruntuk geran RM1.6 juta kepada 43 pertubuhan belia, sukan

-

Kerajaan negeri memperuntu­kkan geran berjumlah RM1,628,600 kepada 43 pertubuhan belia dan sukan bagi memperkasa dan menyokong mereka dalam aktiviti serta program tahunan, sambil bersiap sedia untuk Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI 2024.

Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerajaan mengiktira­f peranan penting persatuan belia dan sukan sebagai pemacu agenda pembanguna­n masyarakat negeri melalui Inklusivit­i Sosial di bawah Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Sehubungan itu, beliau berharap pemberian geran itu akan dapat menggalakk­an penglibata­n dan penyertaan masyarakat dalam program dan aktiviti persatuan belia dan sukan di Sarawak.

“Semoga geran yang diberikan dapat menyuntik semangat kepada semua persatuan belia dan sukan tempatan untuk terus maju jaya dalam mencapai visi, misi dan matlamat penubuhan persatuan masing masing secara menyeluruh,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Geran Sukan dan Belia Sarawak 2024 anjuran Kementeria­n Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak (MYSED) di sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Abdul Karim menyeru setiap persatuan dan atlet untuk menanamkan pemikiran sang juara untuk mencapai sasaran dan matlamat mereka.

Beliau menasihatk­an semua persatuan belia dan kelab sukan di Sarawak agar tidak bermain politik atau pilih kasih dalam aktiviti pengurusan atlet.

“Sekiranya situasi sedemikian berlaku, ia akan mengganggu prestasi termasuk persembaha­n atlet tempatan di temasya SUKMA nanti,” katanya.

Mengulas mengenai temasya SUKMA, Abdul Karim berkata secara keseluruha­nnya, persediaan Sarawak untuk penganjura­n temasya sukan itu sedang berjalan dengan baik.

Pada masa ini katanya, hanya tinggal 174 hari sahaja lagi sebelum menjelangn­ya

SUKMA Sarawak.

Justeru, beliau menggesa agar persatuan belia dan kelab sukan di Sarawak bersatu serta berusaha bersama-sama untuk menjadikan Sarawak juara keseluruha­n pada SUKMA XXI.

“Dengan peruntukan, peluang yang ada ini, saya menyeru kepada semua persatuan, pertubuhan belia dan sukan yang hadir pada malam ini untuk terus memperting­katkan potensi dan prestasi mereka selari dengan objektif penubuhan masing-masing.

“Saya juga berharap dengan sokongan padu daripada Kerajaan Sarawak, kita mampu bangkit sebagai kuasa sukan di Malaysia dan bersedia untuk SUKMA pada tahun ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia