Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak masuki tempoh penting dalam dapatkan semula hak, autonomi: Dr Sim

-

Sarawak memasuki tempoh penting pembanguna­n (nation building) dalam mendapatka­n semula hak dan autonominy­a, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Beliau berkata, negeri ini telah menetapkan matlamat di bawah Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dan semakin hampir untuk merealisas­ikan potensi ekonominya sebelum tahun 2030.

“Kita mahu memainkan peranan dan bahagian kita sekarangle­bihpenting­daripada sebelumnya. Mengapa ia lebih penting sekarang berbanding sebelumini?Keranakita­sedang memasuki peringkat pembanguna­n (nation building),” katanya pada Majlis Makan Malam Gala Tahun Baharu Cina Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) di sini, malam kelmarin.

Contohnya, kata Dr Sim, Sarawak sedang memper

juangkan autonomi penjagaan kesihatan secara menyeluruh.

“Ia bagi menjaga kebajikan rakyat Sarawak dengan lebih baik lebih-lebih lagi Pusat Jantung Sarawak kita telah menerima pelbagai pengiktira­fan di peringkat antarabang­sa,” ujarnya.

Dengan lebih 245,000 rakyat Sarawak dirawat di pusat itu sejak 22 tahun lalu, beliau berkata ia telah disenaraik­an dalam 100 hospital pakar terbaik di Asia Pasifik dan perkhidmat­an perubatan yang disediakan adalah setanding di Australia dan

United Kingdom.

Beliau memberitah­u, negeri ini turut mengiktira­f kepentinga­n pendidikan dan Kerajaan Sarawak akan menanggung kos antara RM500 juta dan RM600 juta setahun untuk menyediaka­n pendidikan tinggi percuma kepada rakyat

Sarawak mulai 2026.

“Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga telah memulakan pembinaan lima sekolah antarabang­sa Yayasan Sarawak milik kerajaan untuk menyediaka­n pendidikan bertaraf dunia kepada rakyat Sarawak, tanpa mengira latar belakang kewangan mereka,” katanya.

Menurutnya, setiap sekolah antarabang­sa disasarkan mempunyai populasi pelajar seramai 1,000 orang dan pelajar daripada keluarga B40 layak mendapat pengecuali­an yuran sekolah.

“Kira-kira 40 peratus pengambila­n di sekolah antarabang­sa Yayasan juga dikhaskan untuk pelajar daripada kumpulan yang berpendapa­tan sederhana atau M40 dan mereka juga akan menikmati penguranga­n yuran sekolah,” katanya sambil menambah baki 10 peratus pengambila­n adalah dikhaskan untuk pelajar daripada keluarga berpendapa­tan tinggi.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? MERIAH: Dr Sim bersama tetamu kehormat lain dan para pengamal media merakam gambar kenangan pada Majlis Makan Malam Gala Tahun Baharu Cina KDJA di Kuching.
— Gambar Roystein Emmor MERIAH: Dr Sim bersama tetamu kehormat lain dan para pengamal media merakam gambar kenangan pada Majlis Makan Malam Gala Tahun Baharu Cina KDJA di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia