Utusan Borneo (Sarawak)

JKR buka tender semula projek pembinaan SK Sayed Othman

-

Jabatan Kerja Raya (JKR) membuka tender semula projek pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Sayed Othman yang terbengkal­ai pembinaann­ya selama 655 hari.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n I Datuk Sebastian Ting berkata keputusan itu dibuat setelah mendapati kontraktor sebelum ini gagal menyiapkan kerja-kerja pembinaan dalam tempoh ditetapkan walaupun memohon tambahan masa.

Katanya, tender baharu itu nanti dibuka mulai 31 Mac hingga 30 April depan.

“Setelah proses tender ini selesai dan setelah pemaju baharu dikenal pasti, saya berharap kerja-kerja menyiapkan bangunan sekolah terbengkal­ai hampir dua tahun lalu dapat dilakukan segera agar anak-anak belajar di sini boleh kembali ke sekolah asal mereka semasa sesi persekolah­an 2025 bermula.

“Buat masa sekarang, anak-anak yang belajar di SK Sayed Othman terpaksa menumpang belajar di SK

Miri,” katanya ketika ditemui selepas meninjau tapak projek pembinaan sekolah itu di sini semalam.

Hadir sama Penolong Jurutera Bahagian (Pembanguna­n) JKR Miri Louis Jonathan Philip dan Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah Miri Awang Ali Awang Ahmad.

Menurut Ting, projek pembinaan semula dan menaik taraf SK Sayed Othman dengan kos bernilai lebih RM7.9 juta bermula pada 17 September 2020 dan dijangka siap sepenuhnya pada 16 Mac 2022.

“Tarikh siap projek kemudian dijadualka­n semula pada 5 April 2023 setelah kontraktor beberapa kali memohon tambahan masa menyiapkan kerja-kerja pembinaan.

“Walaupun diberikan tambahan masa, namun mereka masih gagal menyiapkan tugasan diamanahka­n dan kita terpaksa mengambil keputusan menamatkan kontrak mereka pada Oktober tahun lepas,” katanya sambil memberitah­u, setakat ini bangunan itu disiapkan oleh kontraktor terdahulu sebanyak 69.3 peratus.

 ?? ?? TINJAUAN: Ting (tengah) ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan ke tapak pembinaan SK Sayed Othman yang terbengkal­ai sejak hampir dua tahun lalu. Turut hadir Louis (kiri) dan Awang Ali (kanan) di Miri semalam.
TINJAUAN: Ting (tengah) ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan ke tapak pembinaan SK Sayed Othman yang terbengkal­ai sejak hampir dua tahun lalu. Turut hadir Louis (kiri) dan Awang Ali (kanan) di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia