Utusan Borneo (Sarawak)

Waspada ketika cuaca panas melanda negara

Limbang, Beaufort Sabah antara daerah terpanas di Malaysia seperti dilaporkan oleh MetMalaysi­a

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menasihati penduduk di sini agar berhati-hati dan tidak mengambil ringan sebarang risiko terutama dalam aspek kesihatan ketika cuaca panas melanda negara pada masa ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, Limbang dan Beaufort Sabah merupakan antara daerah terpanas di Malaysia seperti dilaporkan oleh Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a).

Menurutnya, pelbagai masalah kesihatan boleh berlaku kepada mana-mana individu yang terdedah dengan kepanasan melampau secara berterusan selain mengelak berlaku insiden tidak diingini.

“Dilaporkan pada masa ini, Limbang dan Beaufort di Sabah adalah kawasan terpanas di Malaysia dan memang kita perlu lebih berhati-hati dan kurangkan aktiviti di luar.

“Selain itu, banyakkan minum air dan berhati-hati di rumah supaya tidak ada kejadian tidak diingini seperti kebakaran berlaku,” katanya ditemui pada lawatan ke tapak Projek Dataran Bandar Limbang semalam.

Turut sama Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi dan wakil Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi.

Pada 19 Februari lalu, MetMalaysi­a dalam kenyataann­ya memaklumka­n dua kawasan iaitu Beaufort (Sabah) dan Limbang di Sarawak berada pada tahap satu (berjaga-jaga).

Amaran itu dikeluarka­n susulan suhu maksimum harian dijangka mencecah 35 hingga 37 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut berdasarka­n rekod dicatatkan setakat jam 4 petang.

Dalam pada itu, kontraktor sudah diarah menyiapkan segera projek Dataran Bandar Limbang yang merupakan projek sakit selewatnya April tahun ini.

Menurutnya, projek itu menyediaka­n lebih 300 lot parkir kereta selain membina kawasan rekreasi bagi kanak-kanak dan orang dewasa serta tapak Tamu Khamis dan Jumaat.

“Dataran Bandar Limbang merupakan projek sakit yang menempatka­n kemudahan padang bola sepak, kawasan riadah seperti joging dan sebagainya serta kemudahan lot parkir kereta,” jelasnya.

“Selain itu, banyakkan minum air dan berhati-hati di rumah supaya tidak ada kejadian tidak diingini seperti kebakaran ” berlaku. Datuk Dr Abdul Rahman Ismail Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah

 ?? ?? SIAPKAN SEGERA: Dr Abdul Rahman (lima kiri) dan Yunus (empat kanan) ketika melawat tapak projek Dataran Bandar Limbang semalam.
SIAPKAN SEGERA: Dr Abdul Rahman (lima kiri) dan Yunus (empat kanan) ketika melawat tapak projek Dataran Bandar Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia