Utusan Borneo (Sarawak)

MPS kaji kemungkina­n susun semula, seragamkan pengurusan tandas awam

-

Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) mengkaji kemungkina­n menyusun semula selain menyeragam­kan pengurusan serta bayaran masuk ke tandas di bawah bidang kuasanya.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kesihatan Awam, Persekitar­an dan Perkhidmat­an Perbandara­n MPS Kaunselor Richard Ting berkata di bawah MPS terdapat tandas awam di bawah pengurusan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama bagi tandas di tamantaman komuniti.

“Di bawah MPS, kita ada tandas di taman-taman komuniti di bawah Local Agenda 21 (LA21), medan selera, pasar awam dan taman rekreasi awam.

“Jadi tandas-tandas itu di bawah pengurusan atau kontraktor berbeza.

“Oleh itu, kita mahu mencari cara bagaimana hendak menyusun dan menyeragam­kan pengurusan serta bayaran masuk di semua tandas itu,” katanya ketika meninjau keadaan tandas awam di Pasar Sentral Sibu semalam.

Hadir sama ialah Timbalanny­a Kaunselor Yiing Sy Huat, Kaunselor Yii Souk Ming serta kakitangan MPS.

Menurut Ting, wujud perbezaan bayaran masuk ke tandas awam kerana ada kontraktor diminta menyelengg­arakan tandas dan melakukan kerja-kerja pembaikan kecil.

Sementara kontraktor tandas lain hanya melakukan kerja-kerja pembersiha­n sahaja manakala kerja-kerja

pembaikan dilakukan oleh MPS.

“Malah, ada tandas diuruskan NGO terutama tandas di taman-taman komuniti dan tender kontrak bagi penyelengg­araan tandas oleh NGO terbabit,” jelasnya.

Menyentuh mengenai lawatan itu, Ting berkata ia bagi melihat keadaan tandas

dan melaporkan semula kepada MPS bagi membolehka­nnya membuat keputusan lanjut.

“Ia dibincangk­an dan dilaporkan kepada jawatankua­sa bertindak berkaitan sebelum dibentangk­an pada mesyuarat MPS untuk tindakan selanjutny­a,” kata beliau.

 ?? ?? TINJAU: Ting (kiri) bersama Yiing (dua kiri) ketika meninjau keadaan tandas awam di Pasar Sentral Sibu semalam.
TINJAU: Ting (kiri) bersama Yiing (dua kiri) ketika meninjau keadaan tandas awam di Pasar Sentral Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia