Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli JKKK Kampung Gawang Tengah adakan kunjungan hormat terhadap Snowdan

-

Ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Gawang Tengah, Balai Ringin mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Snowdan Lawan di pejabatnya di Bangunan MASJA II kelmarin.

Kunjungan tersebut diketuai Ketua Kampung Jabelen Hamzah bersama ahli-ahli JKKK terdiri daripada setiausaha, bendahari dan wakil Biro Wanita JKKK itu.

Jabelen berkata, kunjungan itu bagi berbincang mengenai pembanguna­n, perpaduan dan permintaan daripada JKKK berkenaan.

Katanya, perjumpaan dan perbincang­an itu sangat penting bagi JKKK itu kerana adalah satu peluang bagi mereka mengetenga­hkan segala permasalah­an berlaku di kampung mereka kepada wakil rakyat kawasan.

“JKKK kita berharap segala apa juga masalah dikemukaka­n kepada wakil rakyat ini dapat diambil tindakan dan diselesaik­an bagi memastikan kampung tersebut membangun seperti kampung-kampung lain di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringgin,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringgin itu turut menghargai dan berterima kasih kepada JKKK Kampung Gawang Tengah kerana meluangkan masa berkunjung ke pejabat beliau.

“Saya selaku wakil rakyat di kawasan ini amat mengalualu­kan setiap JKKK kawasan Balai Ringin berkunjung dan bertemu dengan saya membincang­kan masalah dihadapi di peringkat kampung dan mencari jalan terbaik membangunk­an kampung masing-masing.

“Selain saya berkunjung ke kampung-kampung di kawasan tidak salah juga sekiranya JKKK yang ada mempunyai masa terluang, berkunjung ke pejabat saya dan ini adalah peluang kita semua berbincang dan bertemu sesama sendiri terutama membincang­kan hal pembanguna­n di kampung terlibat.

“Adalah lebih baik sekiranya kita berbincang dalam kumpulan kecil seperti ini, sekurang-kurangnya masalah dikemukaka­n dapat diteliti dan dibincang bersama setiap jalan penyelesai­annya.

“Saya sendiri berada di kawasan menyantuni penduduk ataumengha­diriprogra­m-program anjuran JKKK, agensi dan sebagainya,” katanya.

 ?? ?? BERSAMA JKKK: Snowdan (tiga kanan), Jabelen (dua kanan) bersama ahli JKKK Kampung Gawang Tengah, Balai Ringin semasa kunjungan ke pejabat menteri muda itu kelmarin.
BERSAMA JKKK: Snowdan (tiga kanan), Jabelen (dua kanan) bersama ahli JKKK Kampung Gawang Tengah, Balai Ringin semasa kunjungan ke pejabat menteri muda itu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia