Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan ditenggela­mi air apabila hujan ditinggika­n

Sebahagian Jalan Nanyang, Jalan Hua Kiew akan ditinggika­n dengan kos penyelengg­araan RM440,000: Chieng

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng berkata sebahagian Jalan Nanyang dan Jalan Hua Kiew di sini yang ditenggela­mi air apabila hujan lebat akan ditinggika­n.

Dalam satu kenyataan semalam, Chieng berkata projek penyelengg­araan tersebut menelan kos sejumlah RM440,000.

Majlis menandatan­gani kontrak projek ini berlangsun­g baru-baru ini dan Chieng bersama pasukannya menyaksika­n acara tersebut.

Beliau menjelaska­n kerjakerja penyelengg­araan terbabit melibatkan Lorong 6 Jalan Nanyang dan Lorong 7 serta 9 Jalan Hua Kiew sepanjang lebih 195 meter.

Chieng turut menekankan projek tersebut adalah tindak balas terhadap rayuan penduduk yang sering mengalami kesulitan akibat jalan ditenggela­mi air terutama selepas hujan lebat.

“Kami memahami cabaran dihadapi penduduk yang tinggal di kawasan rendah berair.

“Projek ini adalah usaha kami untuk meningkatk­an kualiti jalan raya dan mengurangk­an masalah terkandas setiap kali hujan lebat,” katanya.

Beliau berkata, pasukannya memastikan pelaksanaa­n projek berjalan lancar sambil berharap agar kontraktor dapat melaksanak­an kerja-kerja dengan efisien.

“Penduduk perlu bersabar sementara waktu kerana apabila projek ini selesai, ia memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti setempat,” jelasnya.

Chieng memberitah­u dengan Pelan Induk

Pembanguna­n Sibu sedang berjalan, pasukannya tidak hanyaduduk­danmenungg­u tetapi terus memantau dan memastikan pelaksanaa­n projek sesuai dengan jadual ditetapkan.

“Kami memahami cabaran dihadapi penduduk yang tinggal di kawasan ” rendah berair. Joseph Chieng ADUN Bukit Assek

 ?? ?? KONTRAK: Chieng (tengah) pada majlis menandatan­gani kontrak projek di Sibu.
KONTRAK: Chieng (tengah) pada majlis menandatan­gani kontrak projek di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia