Utusan Borneo (Sarawak)

Guna siaran radio digital, IRIS ketengah program keagamaan sepanjang Ramadan

-

Agensi Islam di negeri ini disarankan menggunaka­n siaran radio digital, Internet Radio Islamic Sarawak (IRIS) sebagai medium untuk mengetenga­hkan banyak programter­masukkeaga­maan sepanjang Ramadan nanti.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha berkata, ini kerana radio digital yang dikendalik­an oleh Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) selari dengan era teknologi terkini yang menawarkan pelbagai pengisian kepada pendengar.

“Selain saluran untuk berdakwah, mengajar dan mendidik, ia juga boleh menjadi medium untuk kita memaklumka­n kepada masyarakat mengenai pelbagai program yang akan dilaksanak­an.

“Antaranya mengenai perkhidmat­an termasuk Biasiswa Ibnu Khaldun yang dikendalik­an oleh Tabung Baitulmal Sarawak serta perkara berkaitan dengan Tabung Haji,” katanya pada Majlis Perasmian Konti IRIS di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau berharap agensi-agensi Islam di Sarawak memanfaatk­an radio digital itu sebaik mungkin dengan menjalinka­n kerjasama dengan LAKMNS.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai memberitah­u sehingga kini, hampir 30 organisasi sama ada agensi Islam, awam, swasta mahupun personalit­i terkenal telah dijemput mengadakan perkongsia­n di konti IRIS.

Menurutnya, ia membuktika­n platform yang disediakan IRIS itu mendapat sambutan yang baik daripada agensi-agensi Islam.

“IRIS turut mempunyai pelan jangka panjang, antaranya untuk melihat bagaimana kami boleh menjana pendapatan terutama dalam aspek penjualan iklan atau ‘air time’ seperti yang dipraktikk­an entiti media yang lain tetapi pada kadar yang berpatutan.

“Sekurang-kurangnya pendapatan yang kita perolehi kelak boleh digunakan untuk menanggung kos operasi IRIS,” ujarnya.

IRIS yang diwujudkan pada 2020 telah melancarka­n konti baharu dengan barisan penyampain­ya adalah dalam kalangan kakitangan LAKMNS.

Kandungan IRIS merangkumi perkongsia­n daripada agensi-agensi Islam, agensi awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mana topik perbincang­an adalah tentang isu keagamaan, kesihatan, kewangan dan lainlain yang bersifat kepentinga­n awam.

Radio digital yang bersiaran dari Isnin hingga Jumaat dari jam 10 pagi hingga 4 petang itu boleh didengar melalui aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun daripada aplikasi Play Store (untuk pengguna Android) dan App Store (IOS).

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? RASMI: Misnu melancarka­n konti baharu IRIS sambil ditemani Abang Abdul Wahap (kiri) di Kuching semalam.
— Gambar Chimon Upon RASMI: Misnu melancarka­n konti baharu IRIS sambil ditemani Abang Abdul Wahap (kiri) di Kuching semalam.
 ?? Chimon Upon — Gambar ?? MEDIUM: Misnu dan Abang Abdul Wahap ketika Majlis Perasmian Konti IRIS semalam.
Chimon Upon — Gambar MEDIUM: Misnu dan Abang Abdul Wahap ketika Majlis Perasmian Konti IRIS semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia