Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak kaji wujudkan sistem saraan terbaik

Untuk wujudkan sistem saraan yang setaraf dengan negara-negara yang sudah maju di rantau ini

- Oleh Clare Cinderella

Langkah ini perlu diambil dengan berhati-hati kerana perjawatan dan faedah pencen penjawat awam Sarawak adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmat­an Awam negara.

MIRI: Kerajaan Sarawak sedang mengkaji kaedah untuk mewujudkan sistem saraan yang setaraf dengan negara-negara yang sudah maju di rantau ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perkara pertama perlu diberi perhatian ialah sistem saraan perkhidmat­an awam yang diwujudkan perlu juga bertaraf dunia, khususnya dari segi ‘quantum’ emolumen.

“Langkah ini perlu diambil dengan berhati-hati kerana perjawatan dan faedah pencen penjawat awam Sarawak adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmat­an Awam negara.

“Namun Kerajaan Sarawak tetap komited ke arah mewujudkan sistem saraan yang lebih peka kepada perubahan semasa dan penanda aras dari negara-negara lain,” katanya.

Abang Johari memberitah­u demikian dalam amanatnya pada Majlis Perasmian Perhimpuna­n Penjawat Awam CUEPACS Negeri Sarawak di sini, semalam.

Amanat beliau dibacakan oleh wakilnya, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Abang Johari tidak menafikan bahawa perubahan yang lebih baik dari segi sistem saraan, elaun, faedah pencen, khasnya di peringkat persekutua­n bergantung

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

antaranya kepada keadaan ekonomi negara dan kos sara hidup semasa.

“Bagi Sarawak, kita yakin ekonomi Sarawak sudah mula bergerak ke arah yang amat positif dan perkembang­an dari segi emolumen penjawat awam negeri harus diberi perhatian yang selari dengan perkembang­an ini.

“Ini bukan sahaja untuk memastikan anggota penjawat awam kita yang mengabdika­n diri mereka untuk berkhidmat kepada negeri boleh hidup dengan selesa tetapi juga untuk memastikan tahap integriti mereka terus terpelihar­a,” tambah beliau.

Katanya lagi, jika Sarawak ingin menjadi negeri maju, integriti perkhidmat­an awam di negeri ini juga harus dipertingk­atkan dengan sistem saraan yang membolehka­n mereka menjauhkan diri daripada gejala rasuah.

Menyentuh mengenai kekurangan kuarters terutama di luar bandar, beliau berkata, Kerajaan Sarawak sedar bahawa kekurangan kuarters terutama di kawasan luar bandar, adalah satu cabaran yang perlu ditangani dengan serius.

“Bukan sahaja kita mengambil langkah untuk menangani isu sekolah dan kuarters cikgu yang usang, kuarters penjawat awam di Sarawak juga sedang dipertingk­atkan mutunya agar selesa didiami dan sebagai insentif kepada penjawat awam agar berkhidmat dengan lebih dedikasi lagi.

“Kerajaan Sarawak mengkaji dan mengambil langkah untuk menyediaka­n tempat kediaman yang selesa di dalam bangunan dan di persekitar­annya,” tambahnya.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Setiausaha Persekutua­n Sarawak Rita Elisha Mering, Presiden CUEPACS Datuk Dr Adnan Mat, Timbalan Presiden CUEPACS Aminuddin Awang dan Pengerusi CUEPACS Negeri Sarawak Jubilee Jineh.

 ?? ?? RASMI: Uggah memukul gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik perasmian perhimpuna­n itu sambil disaksikan (dari kiri) Aminuddin, Lee, Adnan dan Jubilee (kanan sekali) serta yang lain.
RASMI: Uggah memukul gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik perasmian perhimpuna­n itu sambil disaksikan (dari kiri) Aminuddin, Lee, Adnan dan Jubilee (kanan sekali) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia