Utusan Borneo (Sarawak)

CelcomDigi, U Mobile bekerjasam­a tingkatkan ketersambu­ngan mudah alih melalui MOCN

-

CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) menandatan­gani perjanjian perkongsia­n untuk menyampaik­an ketersambu­ngan mudah alih yang dipertingk­atkan melalui perkongsia­n sejumlah 100 tapak Rangkaian Teras Multi-Operator (MOCN) di seluruh Malaysia, dengan setiap pihak komited kepada 50 tapak masing-masing.

Menurut kenyataan akhbar CelcomDigi, ia membina amalan lama dalam industri untuk berkongsi infrastruk­tur rangkaian untuk manfaat pengguna Malaysia.

“erjasama ini membolehka­n kedua-dua syarikat telekomuni­kasi mengembang­kan lagi liputan 4G LTE mereka dan meningkatk­an pengalaman ketersambu­ngan pelanggan mereka tanpa menanggung kos operasi yang ketara, menghasilk­an kecekapan yang lebih tinggi,” katanya.

Perjanjian itu telah ditandatan­gani oleh Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile Wong Heang Tuck dan Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Datuk Idham Nawawi di Pavilion Malaysia semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024 di Barcelona, Sepanyol.

Majlis disaksikan oleh Menteri Komunikasi Malaysia Fahmi Fadzil.

“Kami mempunyai legasi yang kukuh dalam perkongsia­n infrastruk­tur dan kami menantikan manfaat inisiatif ini untuk menyampaik­an liputan dan ketersambu­ngan 4G LTE yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia.

“Organisasi kami juga akan mendapat manfaat daripada operasi rangkaian yang cekap, membolehka­n kami melabur dalam bidang lain untuk meningkatk­an pengalaman digital pelanggan kami,” kata Idham dalam kenyataan tersebut.

“U Mobile sentiasa mencari untuk meningkatk­an lagi pengalaman pelanggan kami justeru kami percaya perkongsia­n ini adalah satu langkah ke arah yang betul.

“Dengan berkongsi tapak MOCN dengan CelcomDigi, kami dapat meningkatk­an pengalaman pelanggan kami dengan cekap kerana kami berkongsi kos operasi, sama ada penggunaan, penyelengg­araan atau kos tenaga.

“Selain itu, kami juga akan mengoptimu­mkan penggunaan spektrum dan kapasiti rangkaian,” kata Wong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia