Utusan Borneo (Sarawak)

Ganti sistem pencen: Kerajaan belum panggil KWAP, KWSP dan PERKESO, kata Dr Adnan

-

Kerajaan masih belum memanggil tiga badan yang menjaga kebajikan dan keselamata­n sosial pekerja di negara ini, untuk membentang­kan usul dan penyelesai­an baharu bagi menggantik­an sistem pencen sedia ada yang mahu dimansuhka­n.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Malaysia Datuk Dr Adnan Mat memberitah­u, kerajaan perlu segera melaksanak­an perkara itu bagi memberi kelegaan dan membantu CUEPACS meredakan keresahan anggota-anggota perkhidmat­an awam di luar sana, yang masih menunggu keputusan berhubung isu pemansuhan skim pencen tersebut.

“CUEPACS memohon dan menyeru kepada kerajaan supaya memanggil tiga agensi utama yang menjaga kebajikan pekerja di negara ini iaitu Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), untuk membentang­kan cadangan mereka (untuk) menggantik­an skim pencen yang ada pada masa kini dengan satu sistem baharu yang lebih baik daripada apa yang kita jangkakan.

“Namun, sehingga kini kerajaan masih belum lagi memanggil ketiga-tiga agensi ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, petang semalam.

Terdahulu beliau menghadiri Perhimpuna­n Penjawat Awam Negeri Sarawak 2024 yang berlangsun­g di Miri, semalam.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Adnan memberitah­u, CUEPACS tetap bertegas dengan pendiriann­ya bahawa skim pencen yang ada pada masa ini adalah yang terbaik dan patut dikekalkan untuk anggota perkhidmat­an awam yang akan datang.

“Sekiranya kerajaan ingin membuat perubahan pada skim pencen ini, maka kerajaan hendaklah berpegang kepada prinsip CUEPACS iaitu membuat sistem yang lebih baik atau tidak kurang faedahnya dengan skim yang ada pada masa kini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pembayaran insentif awal RM2,000 yang dipinta oleh

CUEPACS untuk kakitangan awam di negeri-negeri, Adnan memberitah­u, sehingga kini hanya Kerajaan Negeri Selangor sahaja yang sudah berbuat demikian.

Beliau memberitah­u, meskipun pekeliling sudah dikeluarka­n oleh Jabatan Perkhidmat­an Awam supaya pembayaraa­n (RM2,000) dibuat, namun negeri-negeri lain masih belum melaksanak­annya termasuk Sarawak.

“Walaupun Sarawak sudah membayar dua bulan bonus kepada kakitangan awam kerajaan negeri namun ia adalah bonus dan tidak sama dengan insentif ini. Nama pun lain. Ini adalah Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmat­an Awam.

“Maka dengan itu CUEPACS memohon supaya semua kerajaan negeri (kecuali Selangor) untuk menerima pakai pekeliling bayaran insentif awal sistem saraan ini dan membayar sebanyak RM2,000 untuk anggota perkhidmat­an awam negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden CUEPACS Malaysia Aminuddin Awang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia