Utusan Borneo (Sarawak)

‘Kill switch’ diwujud bagi tangani kes penipuan dalam talian: Azalina

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengambil langkah mewujudkan satu sistem perundanga­n yang mampu bertindak sebagai ‘kill switch’ kepada aktiviti penipuan dalam domain atau platform dalam talian secara automatik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (UndangUnda­ng dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Kerajaan MADANI juga sedang merangka satu akta baharu yang merangkumi peruntukan berhubung tatacara dan penguatkua­saan kill switch berkenaan untuk meningkatk­an tahap keselamata­n digital secara terperinci dan jelas.

“Ini kerana kebanyakan undang-undang (berkaitan keselamata­n siber dan jenayah dalam talian) dirangka sebelum 2010. Sebab itu undang-undang perlu dipinda bukan sahaja dari segi substansif, tetapi juga dari segi prosedur supaya kita dapat membantu kerajaan menghadapi isu yang berlaku pada hari ini,” katanya pada

sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) yang ingin tahu usaha kerajaan bagi mengatasi masalah penipuan dalam talian yang semakin berleluasa.

Azalina berkata penelitian juga sedang dilaksanak­an terhadap beberapa peruntukan undang-undang

lain seperti Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) bagi membolehka­n wang penipuan dikembalik­an kepada mangsa.

Menurut

Azalina

Jawatankua­sa Kerja Cadangan Penggubala­n UndangUnda­ng Baharu Berkaitan Dengan Kemudarata­n Jenayah Dalam Talian telah mengadakan mesyuarat pertama pada 5 Februari lepas dan dipengerus­ikan secara bersama oleh beliau, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil serta Menteri Digital Gobind Singh Deo. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Azalina ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Sidang Dewan Rakyat semalam.
— Gambar Bernama JAWAB: Azalina ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Sidang Dewan Rakyat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia