Utusan Borneo (Sarawak)

Mesyuarat NACCOL bincang pengecuali­an kenaikan SST bil air, elektrik

- KUALA LUMPUR:

Cadangan pengecuali­an kenaikan cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) ke atas bil air dan elektrik akan diteliti dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 20 Mac depan.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata perkara yang berkaitan kenaikan SST dibincangk­an dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Pemantauan Pelaksanaa­n.

“Perkara berkaitan kenaikan SST memang dalam

Mesyuarat Jawatankua­sa Pemantauan Pelaksanaa­n dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri kira-kira dua minggu lepas...ada satu kertas khusus untuk kita melihat kesan dan impaknya.

“...dan insya-Allah perkara dibangkitk­an Yang Berhormat Ayer Hitam kami akan bawa untuk dikaji dan bawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) untuk pertimbang­an selanjutny­a,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan berhubung cadangan yang dibangkitk­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) supaya bil air dan elektrik dikecualik­an daripada kenaikan SST, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Armizan berkata melalui NACCOL juga, kerajaan memastikan setiap penggubala­n dasar dan program yang dilaksanak­an melalui kementeria­n dan agensi akan memberikan pertimbang­an terhadap elemen kos sara hidup.

Selain penggubala­n dasar dan program utama merentasi pelbagai kementeria­n, strategi dan pendekatan intervensi dan mitigasi juga dilaksanak­an dalam menangani pelbagai isu berkaitan kos sara hidup termasuk menggalakk­an penglibata­n pelbagai pemegang taruh, katanya.

Beliau berkata kerajaan telah memperuntu­kkan sebanyak RM58.1 bilion dalam Belanjawan 2024 untuk subsidi, insentif dan bantuan dalam menangani pelbagai isu dan kesan berkaitan kos sara hidup rakyat.

Inisiatif yang dilaksanak­an melalui peruntukan tersebut tidak termasuk yang telah dan akan dilaksanak­an oleh pihak lain seperti badan korporat melalui program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dan badan bukan kerajaan serta kerajaan negeri, katanya.

Antara inisiatif yang telah dan sedang dilaksanak­an adalah seperti Program Jualan Rahmah MADANI dan Jualan Agro MADANI, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Inisiatif FlySiswa dan Skim Harga Diskaun Tiket Musim Perayaan, Program MyLesen (B2, PSV, E DAN GDL), Pas Bulanan Tanpa Had My50 dan Skim Perubatan MADANI.

“Senarai inisiatif keseluruha­n akan dipaparkan melalui Portal IHSAN MADANI yang akan dilancarka­n pada 20 Mac 2024,” katanya menjawab soalan asal Dr Richard Rapu (GPS-Betong) yang ingin tahu sejauh mana inisiatif NACCOL berjaya mencapai objektif menangani kos sara hidup rakyat serta jenis inisiatif tersebut.

Sementara itu, menjawab soalan Rushdan Rusmi (PNPadang Besar) mengenai peranan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dalam NACCOL, Armizan berkata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu adalah Ketua Task Force Pemantauan Kepada Kluster Makanan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia