Utusan Borneo (Sarawak)

757 projek pembinaan JKR siap sepanjang 2023

772 lagi projek dalam proses pembinaan manakala 589 pula di peringkat prapembina­an, kata Nanta

- Dato Sri Alexander Nanta Linggi Menteri Kerja Raya

KUALA LUMPUR: Sebanyak 757 daripada 2,118 projek pembinaan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) sepanjang tahun 2023 telah siap sepenuhnya.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata 772 lagi projek dalam proses pembinaan manakala 589 pula di peringkat prapembina­an.

Beliau berkata bagi kerja dan projek penyelengg­araan yang dilakukan JKR, daripada 9,349 kerja-kerja dijalankan 8,851 daripadany­a telah siap, 473 dalam proses pembinaan manakala selebihnya dalam peringkat prapembina­an.

“Kita dengar macammacam aduan, komen dalam media sosial yang mengatakan JKR tidak buat kerja. Tapi kalau mengikut statistik banyak kerja-kerja yang telah dijayakan JKR.

Malah projek-projek yang

sempurna lebih banyak daripada projek sakit. Jadi kalau kata JKR tidak

buat kerja itu tidak betul,” katanya.

Beliau berkata demikian

kepada media selepas sesi dialog awam bersama jurutera daerah JKR di Kementeria­n

Kerja Raya di sini semalam yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sesi dialog dua hala yang julung kali diadakan itu selaras dengan aspirasi Program MYJalan yang mahu meningkatk­an ketangkasa­n penyelesai­an aduan dan kerja-kerja penyenggar­aan jalan melalui pemerkasaa­n fungsi jurutera daerah dan jurutera jajahan.

Pada majlis itu, Nanta turut menyampaik­an amanat akan pentingnya peranan jurutera daerah dan jurutera jajahan sebagai tenaga kerja dalam menjayakan agenda dan hala tuju kementeria­n sekali gus menyumbang kepada pembanguna­n dari kesejahter­aan rakyat dan negara.

Seramai 86 pegawai yang terdiri daripada Jurutera Daerah JKR melibatkan 11 negeri hadir pada sesi dialog dengan kesemuanya telah mengambil ikrar Aku Janji Bebas Rasuah. — Bernama

“Kita dengar macam-macam aduan, komen dalam media sosial yang mengatakan JKR tidak buat kerja. Tapi kalau mengikut statistik banyak kerjakerja ” yang telah dijayakan JKR.

 ?? — Gambar Bernama ?? DIALOG: Nanta (tengah) ketika sidang media selepas mengadakan Sesi Dialog Bersama Jurutera Daerah dan Jurutera Jajahan JKR Malaysia semalam. Turut hadir Ahmad Maslan (kiri) dan Ketua Pengarah Kerja Raya (Menjalanka­n Tugas) Datuk Ir Badioezama­n Ab Khalik.
— Gambar Bernama DIALOG: Nanta (tengah) ketika sidang media selepas mengadakan Sesi Dialog Bersama Jurutera Daerah dan Jurutera Jajahan JKR Malaysia semalam. Turut hadir Ahmad Maslan (kiri) dan Ketua Pengarah Kerja Raya (Menjalanka­n Tugas) Datuk Ir Badioezama­n Ab Khalik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia