Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Komunikasi cari penyelesai­an bantu industri kreatif

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Komunikasi sedang mencari penyelesai­an bagi membantu memperkema­s operasi dalam industri kreatif di samping memastikan perlindung­an yang lebih baik untuk bakat-bakat pemainnya, kata Timbalan Menterinya Teo Nie Ching.

Beliau turut mengetenga­hkan keperluan untuk membangunk­an strategi baharu bagi menyokong masa depan industri kreatif, terutama apabila melihat kepada prospek tidak menentu yang dihadapi oleh pemain industri berkenaan kini.

“Sebagai industri yang dinamik, bakat-bakat dalam ekonomi kreatif ini bekerja keras untuk membuktika­n bakat mereka, dan seharusnya mereka kekal relevan dalam industri. Usaha kami membawa pembaharua­n dalam industri ini, yang bertepatan dengan Techvoluti­on, juga merupakan sebahagian daripada idea ini,” katanya.

Berucap di Sesi Makan Tengah Hari Rangkaian Kerja “Techvoluti­on 2024: Towards A Connected Future For Malaysia” di sini hari ini beliau turut memuji Techvoluti­on terhadap usahanya yang gigih dalam menyediaka­n platform untuk sesi perbincang­an dan sesi percambaha­n idea mengenai industri kreatif.

“Selain itu, Techvoluti­on juga telah menyediaka­n pentas khas untuk memperkena­lkan The R&D Studio, sebuah studio kandungan kreatif Malaysia yang memenangi anugerah. Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepadapeng­anjurpersi­dangan Techvoluti­on kerana menawarkan platform ini untuk dialog dan pertukaran idea,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kreatif The R&D Studio Sdn Bhd Irwan Junaidi dalam pembentang­annya berkata majlis hari ini bertujuan meningkatk­an rangkaian kerja dalam kalangan pemain industri kreatif dan memudahkan pertukaran idea mengenai industri.

Techvoluti­on 2024, anjuran SWAG Holdings Sdn Bhd, menyasarka­n untuk menyediaka­n persidanga­n komprehens­if merangkumi pelbagai topik yang popular dalam senario teknologi semasa seperti kenderaan elektrik, kecerdasan buatan (AI), ekonomi kreatif dan globalisas­i.

Acara itu menarik kehadiran hampir 300 peserta daripada agensi kerajaan dan syarikat swasta, termasuk Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) Sdn Bhd, Yinson Green Technologi­es (M) Sdn Bhd, dan DRB-HICOM. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMA: Teo (kanan) menerima momento daripada Ketua Pegawai Kreatif The R&D Studio Sdn Bhd Irwan Junaidy pada Technovolu­tion di Nexus Connexion Conference and Event Centre semalam.
— Gambar Bernama TERIMA: Teo (kanan) menerima momento daripada Ketua Pegawai Kreatif The R&D Studio Sdn Bhd Irwan Junaidy pada Technovolu­tion di Nexus Connexion Conference and Event Centre semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia