Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir RM170 juta Bantuan Wang Ihsan diagih kepada mangsa bencana

-

Hampir RM170 juta Bantuan Wang Ihsan (BWI) diagihkan kepada 168,959 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa bencana di seluruh negara bagi musim Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata RM560,000 BWI Kematian juga diagihkan kepada 56 waris mangsa bencana yang meninggal dunia.

Beliau berkata bagi musim MTL 2023/2024, ia masih belum tamat, namun kerajaan Persekutua­n melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)telahmenya­lurkan peruntukan awal bantuan bencana kepada semua negeri berjumlah RM232 juta untuk mempercepa­tkan proses agihan BWI kepada KIR mangsa bencana yang terjejas dan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

“Pemberian wang ihsan ini bukan merupakan satu bentuk pampasan terhadap kerugian yang dialami mangsa bencana, tetapi ia lebih merupakan tanda keprihatin­an kerajaan Persekutua­n bagi meringanka­n beban mangsa bencana,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) mengenai dasar bantuan kepada mangsa banjir serta jumlah pampasan termasuk bantuan wang ihsan banjir pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Nancy berkata selain bantuan kerajaan Persekutua­n, kerajaan negeri boleh mengenal pasti bantuan lain untuk disumbangk­anmelaluia­gensiagens­i peringkat negeri seperti lembaga zakat dan badan-badan korporat untuk membantu meringanka­n beban mangsa bencana.

Selainitu,beliauberk­atabagi memperkasa kesiapsiag­aan menangani impak fenomena cuaca panas dan kering semasa peralihan MTL yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac, kerajaan telah bersetuju melaksanak­an Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi menjamin sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan sepanjang tempoh tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia