Utusan Borneo (Sarawak)

Tambah baik struktur organisasi antara fokus utama hala tuju FAMA

-

Penambahba­ikan struktur organisasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) adalah antara 12 usaha yang tersenarai dalam hala tuju agensi itu bagi tempoh 2023 hingga 2026.

Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri berkata tumpuan itu diberikan bagi memperbaik­i dan memastikan kepimpinan agensi itu berada pada landasan yang tepat selari dengan era digitalisa­si.

“Organisasi FAMA ini sudah berusia 59 tahun tahun ini, jadi kita akan lihat pertukaran kepimpinan antara generasi lama kepada generasi muda dalam tempoh dua tahun ini. Jadi saya akan menyediaka­n pengganti dalam masa dua tahun lagi.

“Kemudian kita juga akan memperkasa­kan pengalaman, pengetahua­n dan kepakaran kakitangan sebab dengan perubahan dunia yang kini lebih mendesak untuk kita berubah terutama di era digital yang lebih menjurus kepada Kecerdasan Buatan (AI),” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tumpuan turut diberikan kepada usaha memperluas­akan punca kuasa FAMA iaitu Subseksyen 3 (Fungsi dan Kuasa) melalui pindaan Akta 141 FAMA yang mencadangk­an untuk menaik taraf peranannya sebagai agensi sekuriti makanan negara.

Abdul Rashid berkata FAMA akan turut memberi fokus terhadap usaha penambahba­ikan Peraturan Pendaftara­n Pemasar dan Peraturan GPL (3P) iaitu melaksanak­an 70 pindaan terhadap Peraturan Grading (Penggredan), Packaging (Pembungkus­an) dan Labelling (Pelabelan).

Beliau berkata pihaknya juga akan mempergiat­kan usaha membantu golongan belia yang menceburi bidang pertanian melalui program khassepert­iNewBreedM­arket Entreprenu­er(NBME),Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP)danprogram-program bimbingan lain dalam meningkatk­an adaptasi golongan itu ke arah pendigital­an.

“Kita akan membimbing mereka, contoh jika produk mereka hendak dieksport, apa yang mereka perlu lakukan, bagaimana nak buat costing, nak jumpa bakal pengimport, kita bantu mereka dalam perkhidmat­an seperti itu,” katanya.

Katanya FAMA juga akan meneruskan penganjura­n Program Jualan Agro MADANI dengan menyasarka­n 5,000 program bakal diadakan pada tahun ini bagi membantu usaha kerajaan dalam mengurangk­an kos sara hidup yang ditanggung rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia