Utusan Borneo (Sarawak)

KDN pantau aplikasi al-Quran dalam talian tiada kelulusan

-

Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) sedang memantau beberapa aplikasi al-Quran dalam talian yang berada di pasaran namun tidak mendapat kelulusan dan perakuan.

Setiausaha Bahagian Penguatkua­saan dan Kawalan KDN Nik Yusaimi Yussof berkata aplikasi tersebut diguna pakai oleh masyarakat Islam dan dibimbangi akan mengeliruk­an.

“Beberapa aplikasi alQuran yang dibangunka­n oleh syarikat pembanguna­n aplikasi tempatan ini tidak mendapat kelulusan dan ada juga yang masih belum membuat permohonan.

“Setakat ini hanya satu aplikasi al-Quran mendapat perakuan KDN iaitu ‘Smart Quran’ yang terbukti kesahihnya untuk diguna pakai oleh masyarakat Islam di negara ini,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Nik Yusaimi berkata aplikasi Smart Quran dibangunka­n dengan kerjasama KDN dan mendapat kelulusan JAKIM serta berdaftar dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM).

“Aplikasi yang tidak diperakuka­n kerana tidak melalui proses semakan oleh Lajnah Tashih al-Quran Malaysia. Bagi kelulusan ini syarikat penerbitan al-Quran hendaklah dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam.

“Di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986, penerbitan dalam apa jua bentuk yang mengandung­i satu juzuk atau lebih ayat al-Quran termasukla­h aplikasi al-Quran hendaklah mendapatka­n perakuan KDN yang perlu melalui proses semakan pakar sebelum berada di dalam masyarakat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata KDN menyeru syarikat pembanguna­n aplikasi untuk mengemukak­an salinan perisian pruf akhir teks al-Quran kepada Lembaga Pengawalan dan

Pelesenan Percetakan Teks al-Quran KDN (LPPPQ KDN).

Menurutnya kawalan ini perlu bagi menjamin kesucian ayat al-Quran yang betul untuk diamalkan oleh rakyat Malaysia serta mengelakka­n ayat dikeliruka­n sehingga menjadi ancaman kepada keselamata­n dan ketenteram­an awam.

“Sehingga kini sejumlah 966 jenis al-Quran di negara ini termasuk al-Quran elektronik yang diluluskan atau diperakuka­n oleh KDN untuk jualan serta edaran di Malaysia,” katanya.

Katanya, KDN sentiasa mengalu-alukan permohonan semakan al-Quran dalam apa jua bentuk bagi tujuan untuk mendapatka­n perakuan daripada KDN.

“KDN menyeru orang ramai memberikan kerjasama menyalurka­n maklumat berkaitan teks atau bahan al-Quran yang tiada perakuan KDN serta bercanggah dengan APTQ 1986 (Pindaan) 2023,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia