Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia dan Kemboja setuju segerakan JCBC: Anwar

Percepat kaji semula kerjasama dalam sektor penting menerusi Suruhanjay­a Bersama bagi Kerjasama Dua Hala

- Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Malaysia dan Kemboja bersetuju untuk mempercepa­tkan proses mengkaji semula kerjasama dua hala antara kedua-dua negara dalam sektor penting menerusi Suruhanjay­a Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja Hun Manet di Perdana Putra di sini hari ini, Anwar berkata Menteri Luar keduadua negara telah diarah untuk menetapkan tarikh mesyuarat JCBC yang lebih awal daripada jangkaan asal.

“Pastinya isu-isu seperti sekuriti makanan, kerjasama dalam penyelidik­an, perdaganga­n dan pelaburan, industri Halal, tenaga boleh diperbahar­ui, industri teknologi tinggi termasuk EV (kenderaan elektrik) dan AI (Kecerdasan Buatan) akan dibincangk­an,” katanya.

Malaysia dijadualka­n menjadi tuan rumah JCBC tahun ini.

Terdahulu, Hun Manet tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi sehari atas jemputan Anwar, dan ia merupakan lawatan sulung beliau sejak dilantik menjadi Perdana Menteri Kemboja pada Ogos 2023. Hun Manet diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana.

Merujuk kepada masyarakat Islam di Kemboja, Anwar berkata Malaysia berminat untuk bekerjasam­a dengan negara itu bagi memperkasa­kan masyarakat berkenaan di samping memupuk bakat muda dengan kemahiran serta ilmupenget­ahuan yang diperlukan, bagi memenuhi keperluan masa depan dalam perniagaan.

“Dengan sokongan anda, kami akan menyediaka­n latihan yang diperlukan untuk memastikan kita memainkan peranan yang positif dan bermakna di Kemboja,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa terima kasih kepada Kemboja kerana banyak membantu dan menyelesai­kan isu mangsa penipuan

pekerjaan warga Malaysia.

“Anda sangat pantas dan saya berterima kasih kepada kedua-dua pihak polis dan imigresen atas sokongan mereka,” kata perdana menteri.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata semasa lawatan rasmi itu, Hun Manet diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri Kemboja merangkap Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Antarabang­sa

Sok Chenda Sophea, Menteri Kabinet dan pegawai-pegawai kanan Kemboja.

Hun Manet dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara dan mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul.

Lawatan rasmi ini akan meningkatk­an nilai tambah kepada hubungan yang lebih erat antara Malaysia dan Kemboja, secara dua hala dan dalam rangka kerja ASEAN, menurut Wisma Putra.

Kemboja merupakan antara negara terawal yang menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia pada tahun 1957.

Pada 2023, Kemboja disenaraik­an sebagai rakan dagang ke-9 terbesar Malaysia di rantau ASEAN.

Nilai perdaganga­n dua hala antara Malaysia dan Kemboja berjumlah RM3.02 bilion, dengan eksport dari Malaysia ke Kemboja bernilai RM2.35 bilion, meningkat 1.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Syarikat-syarikat Malaysia telah melaksanak­an 162 projek di Kemboja, dengan pelaburan berjumlah RM14.4 bilion. Bernama

Pastinya isu-isu seperti sekuriti makanan, kerjasama dalam penyelidik­an, perdaganga­n dan pelaburan, industri Halal, tenaga boleh diperbahar­ui, industri teknologi tinggi termasuk EV (kenderaan elektrik) dan AI (Kecerdasan Buatan) akan dibincangk­an.

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT DATANG: Anwar (kanan) bersalaman dengan rakan sejawatnya Hun Manet dari Kemboja pada sidang media bersama di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama SELAMAT DATANG: Anwar (kanan) bersalaman dengan rakan sejawatnya Hun Manet dari Kemboja pada sidang media bersama di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia