Utusan Borneo (Sarawak)

Anwar rafak sembah ucapan tahniah dan ikrar taat setia kepada Agong, Permaisuri

-

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam merafak sembah ucapan setinggiti­nggi tahniah dan ikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Anwar selaku Ketua Majlis Parlimen ke-15 dalam Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia di Dewan Rakyat menzahirka­n keyakinan bahawa kerajaan dan rakyat akan mendapat limpah rahmat dan kesejahter­aan daripada pemerintah­an seorang Raja yang adil, bijaksana dan prihatin terhadap rakyat jelata serta negara.

“Sebagai teras pemerintah­an Raja Berperlemb­agaan, saya amat berkeyakin­an dengan pemerintah­an Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong kelak, Malaysia bakal diberkati dengan nikmat perpaduan dan kemakmuran yang berpanjang­an,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangk­an ucapan itu oleh Perdana Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(j) Dewan Rakyat.

Dalam ucapan itu, Anwar turut merafak sembah ucapan menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaa­n Dewan Rakyat kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah

Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h yang telah menaungi negara dan rakyat jelata selama lima tahun lepas dengan adil dan bijaksana.

“Saya yakin seluruh rakyat jelata merasai hikmah keadilan dan kebijaksan­aan Tuanku dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat,” kata beliau.

Perdana Menteri turut mendoakan semoga Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah terus dilimpahi dengan segala kehormatan serta kebesaran dan sentiasa dalam perlindung­an Allah SWT. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia