Utusan Borneo (Sarawak)

Nur-ul Afida dilantik sebagai KPE, Arul Rajoo sebagai Ketua Pengarang Bernama

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengumumka­n pelantikan Nur-ul Afida Kamaludin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) dan Arul Rajoo Durar Raj sebagai Ketua Pengarang agensi itu berkuat kuasa semalam.

Pelantikan itu diumumkan Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai dalam kenyataan semalam.

Wong berkata pelantikan itu diputuskan oleh mesyuarat Lembaga Pengelola Bernama pada mesyuaratn­ya di Wisma Bernama Selasa dan menambah kata, kekosongan jawatan jawatan lain akan diputuskan oleh pihak pengurusan.

Pada Oktober 2023, Nur-ul Afida, 57, mencatat sejarah apabila menjadi wanita pertama memegang jawatan penting dalam agensi itu, yang ditubuhkan pada 1967.

Beliau yang sebelum ini turut menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab KPE mengambil alih jawatan itu daripada Jamaluddin Muhammad yang bersara wajib Disember tahun lepas.

Nur-ul Afida mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewartawan­an dan telah memegang beberapa jawatan penting di Bernama, antaranya sebagai Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmat­an Berita.

Beliau yang merupakan anak kepada wartawan veteran Allahyarha­m AR Kamaludin, memulakan kerjaya sebagai wartawan di akhbar Harian Nasional dan menyertai Bernama pada Januari 1985 sebagai wartawan kadet.

Selama 39 tahun perkhidmat­an, beliau pernah bertugas di pelbagai bahagian serta unit termasuk Meja Berita Am, Meja Penyunting­an Bahasa Melayu, Unit Foto serta

Meja Rencana dan Penulisan Strategik.

Beliau juga merupakan tenaga pengajar bagi Bernama School of Journalism sejak 2009 dan pernah menyandang jawatan Ketua Perancanga­n Strategik Bernama.

Beliau menerima pendidikan awal di Bukit Bintang Girl School dan menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam di Institut Hasni pada 1986.

Nur-ul Afida meneruskan pengajian peringkat tinggi dan menerima Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Komunikasi Massa, Universiti Teknologi MARA pada 1993 dan kemudian melanjutka­n pengajian peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pengurusan Komunikasi pada 2011.

Arul Rajoo, 55, pula memulakan perkhidmat­an dengan Bernama sebagai Pemberita Kadet pada 1991.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) daripada Universiti Malaya itu, sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmat­an Berita.

Karier beliau di Bernama bermula di Meja Sukan dan beliau pernah membuat

liputan pelbagai acara sukan dalam dan luar negara, antaranya Sukan Olimpik, Sukan Asia, perlumbaan Formula One, Kejohanan Bolasepak Piala Dunia Belia, Sukan SEA, Piala Thomas dan Kejohanan Olahraga Dunia.

Pada 2001, beliau dilantik sebagai Ketua Biro Perak sebelum berpindah ke Bangkok sebagai Koresponde­n di Thailand.

Pada 2010, Arul Rajoo dilantik sebagai Editor di Perkhidmat­an Berita dan seterusnya Editor Meja Tugasan di Perkhidmat­an Audio Visual (Bernama TV).

Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua TV dan Ketua Penyiaran (TV dan Radio) sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmat­an Berita Ekonomi).

Sepanjang perkhidmat­an di BERNAMA, Arul Rajoo juga pernah membuat liputan Perdana Menteri di luar negara, Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), APEC, ASEAN Summit, Sidang Kemuncak NAM dan menyertai mesyuarat The Organisati­on of Asia-Pacific News Agencies (OANA). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Nur-ul Afida diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bernama berkuat kuasa semalam.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Nur-ul Afida diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bernama berkuat kuasa semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TUGAS BESAR: Arul Rajoo dilantik sebagai Ketua Pengarang Bernama berkuat kuasa semalam.
— Gambar Bernama TUGAS BESAR: Arul Rajoo dilantik sebagai Ketua Pengarang Bernama berkuat kuasa semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia