Utusan Borneo (Sarawak)

Naga gergasi antara lebih 300 tanglung dipamerkan pada Taiwan Lantern Festival 2024 di Tainan

- Oleh Rusnan Mustafa

TANGLUNG naga gergasi setinggi 22 meter yang boleh berputar 360 darjah dilengkapi lampu cahaya berwarna-warni dan digabungka­n dengan bahan tenaga solar adalah antara lebih 300 tanglung dipamerkan pada Taiwan Lantern Festival 2024.

Festival itu kembali ke Tainan buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun dengan penganjura­n kali ke-35, menyinari Tainan dari 24 Februari hingga 10 Mac bermula jam 6 petang, dirasmikan oleh Presiden Taiwan Tsai Ing-Wen, malam Sabtu lepas.

Dengan bertemakan “Dragon Comes to Taiwan”, diilhamkan daripada arca naga yang terletak di hadapan Kuil Daitian, Tainan, tanglung naga itu juga menggabung­kan komponen kawalan elektromek­anikal.

Difahamkan, tanglung naga gergasi itu mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan dengan gerak kerja bermula sejak November tahun lalu.

Ketua Pengarah Biro Pelanconga­n Taiwan Dr Chou Yung-Hui pada sidang media Taiwan Lantern Festival 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa (ICC) Tainan Sabtu lalu, berharap penganjura­n festival itu akan menjadi permulaan yang hebat buat bandar Tainan setelah sekian lama tidak mengadakan acara besar selepas pandemik COVID-19.

Jelasnya, festival itu merupakan sebuah acara besar pada tahun ini yang diadakan di Tainan.

“Dengan festival ini, kita berharap ia menjadi permulaan yang hebat buat bandar Tainan selepas sekian lama tidak menganjurk­an acara yang besar,” katanya.

Tambahnya, festival itu bukan sahaja mempromosi­kan tentang Tainan, tetapi juga keunikan Taiwan yang kaya dengan kepelbagai­an keunikan dan budaya.

“Sudah pasti Tainan sebuah bandar yang bersejarah kerana pernah menjadi ibu kota Taiwan beberapa ratus tahun dahulu.

“Kami juga berbangga dengan penyertaan daripada beberapa buah negara pada penganjura­n festival kali.

“Ini juga menunjukka­n kerjasama dan hubungan baik Taiwan dan negara-negara terlibat,” katanya.

Beliau turut menjelaska­n seramai 10,000 tenaga kerja terlibat bagi menjayakan festival itu yang datang daripada pelbagai latar belakang pekerjaan dan umur.

Menurutnya lagi, selain pameran tanglung, pelbagai pengisian lain juga diaturkan termasuk persembaha­n tarian tradisiona­l, pertunjuka­n alatan muzik tradisiona­l dan banyak lagi.

Justeru, beliau memberitah­u, pihaknya menyasarka­n 10 hingga 15 juta pengunjung akan hadir bagi memeriahka­n festival yang berlangsun­g selama 16 hari itu.

Dedahnya, pada Jumaat untuk raptai festival itu sahaja seramai 220,000 pengunjung telah direkodkan.

Mengulas lanjut, katanya, festival itu menampilka­n

dua kawasan pameran utama iaitu “High-Speed Rail” (kawasan tanglung rel kelajuan tinggi) dan “Anping Lantern Area” (kawasan tanglung Anping) yang mempamerka­n lebih 300 karya seni tanglung.

Jelasnya, kawasan HighSpeed Rail terdiri daripada tujuh zon pameran besar di sekitar kereta api berkelajua­n tinggi yang memaparkan pelbagai tema tanglung di samping tanglung utama yang diberi nama Dragon Comes to Taiwan.

“Manakala, kawasan Anping Lantern pula terletak di Taman Lin Mo Niang, Dermaga Rekreasi Anping dan di sepanjang Terusan Anping dengan temanya ‘Tainan 400’ dan ‘River of Light Story’,” ujarnya.

Sementara itu, Datuk Bandar Tainan, Huang

Wei-che pada sidang media sama mendedahka­n, festival tersebut menggabung­kan kepakaran Tainan dalam pembuatan cip komputer dan tenaga hijau dengan warisan serta tradisi bandar itu.

Pada masa sama katanya,

yang sudah pasti menjadi tarikan utama pengunjung di festival itu adalah tanglung naga gergasi iaitu Dragon Comes to Taiwan.

Jelas beliau, tanglung itu merupakan rekaan pelukis terkenal Peng Li-Chen.

“Tidak hanya pameran tanglung (masyarakat) tempatan, Kementeria­n Pentadbira­n Pelanconga­n dan Komunikasi Taiwan juga telah menjemput beberapa negara untuk menyertai pameran festival ini, antaranya Jepun, Korea Selatan, Belize dan Indonesia.

“Kesemua tanglung dari negara-negara tersebut ditempatka­n di kawasan yang dinamakan “Internatio­nal Inclusive Exhibition Area” dengantema‘berkawan dengan dunia’,” ujarnya.

Bagi mengalu-alukan pelancong antarabang­sa sepanjang festival berlangsun­g, Kementeria­n Pentadbira­n Pelanconga­n dan Komunikasi Taiwan menjemput semua pelancong untuk melawat Taiwan Lantern Festival 2024 yang dibuka seawal jam 6 petang hingga 9 malam.

Pelancong juga berpeluang memperoleh cenderahat­i tanglung naga secara percuma dengan hanya perlu menunjukka­n pasport mereka di kaunter tiket.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Taiwan Tourism Administra­tion ?? RASMI: Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen ditemani tetamu kehormat lain menyempurn­akan simbolik perasmian Taiwan Lantern Festival 2024 di Tainan, malam Sabtu.
— Gambar Taiwan Tourism Administra­tion RASMI: Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen ditemani tetamu kehormat lain menyempurn­akan simbolik perasmian Taiwan Lantern Festival 2024 di Tainan, malam Sabtu.
 ?? — Gambar Taiwan Tourism Administra­tion ?? TARIKAN: Tanglung utama naga gergasi yang digerakkan menggunaka­n tenaga solar jadi tarikan pada festival itu.
— Gambar Taiwan Tourism Administra­tion TARIKAN: Tanglung utama naga gergasi yang digerakkan menggunaka­n tenaga solar jadi tarikan pada festival itu.
 ?? — Gambar Taiwan Tourism Administra­tion ?? COMEL: Chou (kiri) dan Huang menunjukka­n tanglung kepala naga selepas sidang media itu.
— Gambar Taiwan Tourism Administra­tion COMEL: Chou (kiri) dan Huang menunjukka­n tanglung kepala naga selepas sidang media itu.
 ?? — Gambar Taiwan Tourism Administra­tion ?? UNIK: Antara persembaha­n tarian kebudayaan yang diadakan pada festival itu.
— Gambar Taiwan Tourism Administra­tion UNIK: Antara persembaha­n tarian kebudayaan yang diadakan pada festival itu.
 ?? ?? KENANGAN: Pengunjung sempat merakam kenangan semasa festival itu.
KENANGAN: Pengunjung sempat merakam kenangan semasa festival itu.
 ?? ?? KREATIF: Antara tanglung yang dipamerkan pada festival itu.
KREATIF: Antara tanglung yang dipamerkan pada festival itu.
 ?? ?? MUZIK TEMPATAN: Persembaha­n alat muzik tradisiona­l.
MUZIK TEMPATAN: Persembaha­n alat muzik tradisiona­l.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia