Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba kenal pasti lima negeri berisiko berlaku kebakaran hutan

- (1). — Bernama

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti 201,000 hektar tanah gambut yang dimajukan di lima negeri sebagai berisiko berlaku kebakaran hutan sekiranya pembakaran terbuka dilakukan semasa cuaca panas.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata negeri terbabit ialah Selangor, Johor, Sarawak, Pahang (Rompin, Pekan, Kuantan) dan Sabah (Sipitang, Beaufort).

“JBPM telah koordinasi dengan beberapa agensi yang terlibat sebagai langkah untuk tangani sekiranya berlakunya pembakaran hutan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar, (JAS) serta Jabatan Mineral dan Geosains.

“Kita turut berkomunik­asi dengan pihak ladang yang dikawal selia oleh pejabat daerah untuk mengekalka­n paras air mengikut sukatan yang ditetapkan, selain meminta anggota melakukan rondaan khususnya di kawasan tanah gambut,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Tahun 2023 dan Sijil Perkhidmat­an 30 Tahun JBPM Kelantan di sini semalam.

Nor Hisham berkata berdasarka­n perangkaan jenis kebakaran di negara ini, pembakaran

hutan merekodkan peningkata­n pada tahun lepas dengan 1,291 kes berbanding 692 kes pada 2022.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata sebanyak 80 aduan pelbagai kesalahan termasuk jenayah diterima pihaknya melibatkan pegawai, anggota dan petugas lain sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata daripada jumlah itu, kesalahan membabitka­n salah laku merekodkan 52 kes, skandal atau seksual dan salah guna kuasa masing-masing tujuh kes, rasuah dan pentadbira­n masing-masing empat kes, pengurusan (3), penyelewen­gan (2) dan aduan kes kewangan

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Nor Hisham ketika bercakap pada sidang media selepas Majlis Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Tahun 2023 dan Sijil Perkhidmat­an 30 Tahun JBPM Kelantan, di Kota Bharu semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Nor Hisham ketika bercakap pada sidang media selepas Majlis Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Tahun 2023 dan Sijil Perkhidmat­an 30 Tahun JBPM Kelantan, di Kota Bharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia