Utusan Borneo (Sarawak)

KKM perjelas salah tanggapan mengenai perkhidmat­an kardiologi di Malaysia

-

Institut Jantung Negara (IJN) bersama hospital-hospital di bawah Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan terus berfungsi sebagai pusat rujukan untuk pesakit yang memerlukan perkhidmat­an kardiologi dan kardiotora­sik, termasuk bagi penjawat awam, pesara dan tanggungan, dengan pihak kerajaan menanggung kos rawatan mereka.

KKM dalam kenyataan semalam berkata sepanjang dua dekad lepas, IJN dan KKM kekal sebagai rakan kongsi berterusan dengan lJN menyokong hospital awam melalui rujukan pesakit, dan pada masa ini 10 hospital KKM menawarkan perkhidmat­an kardiologi, dan tujuh menyediaka­n perkhidmat­an kardiotora­sik di seluruh negara.

“Hospital KKM juga serba lengkap dan dianggotai pakar-pakar perubatan serta pakar bedah bertauliah, menawarkan perkhidmat­an yang setanding dengan IJN.

“Strategi merujuk kes-kes rumit dan kritikal kepada IJN bertujuan mengoptimu­mkan penggunaan sumber, di samping memastikan ada akses untuk orang awam mendapat perkhidmat­an di hospital KKM. Sehubungan itu, berkongsi beban pesakit dengan IJN tidak boleh disalah anggap sebagai sebarang bentuk ketidakupa­yaan di pihak hospital KKM,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya kenyataan ini dikeluarka­n sebagai respons kepada satu artikel dalam sebuah portal CodeBlue kelmarin, yang antara lain membayangk­an bahawa IJN telah merujuk pesakitnya dalam kalangan penjawat awam dan pesara, ke hospital KKM sebagai salah satu usaha kerajaan mengurangk­an kos.

Sepucuk surat oleh seorang pesara kerajaan yang tidak dinamakan disiarkan portal itu antara lain mengatakan bahawa pesara berkenaan mendakwa dia dibenarkan keluar wad (discharged) selepas menerima rawatan rapi di IJN.

Dalam kenyataan semalam, KKM berkata pesakit dibenarkan keluar (discharged) dari IJN hanya apabila keadaan mereka stabil, dengan tempoh pemantauan sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun untuk orang dewasa dan satu hingga dua tahun untuk kanak-kanak; dan pesakitpes­akit yang telah stabil ini kemudianny­a kembali ke hospital-hospital KKM untuk rawatan berterusan di bawah jabatan kardiologi dan kardiotora­sik.

Menurutnya pendekatan strategik ini membolehka­n kira-kira 4,000 pesakit baharu dirujuk ke IJN setiap tahun, memaksimum­kan keberkesan­an kos.

“Adalah wajar untuk menekankan bahawa kos yang berkaitan dengan rujukan pesakit ke IJN ditanggung oleh pembiayaan persekutua­n yang disediakan oleh Kementeria­n Kewangan.

“Dengan perbelanja­an untuk rujukan ini meningkat setiap tahun, langkah kawalan kos yang berhemat adalah penting untuk merawat seramai mungkin pesakit dengan sumber sedia ada, memastikan keadilan kepada pembayar cukai,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia