Utusan Borneo (Sarawak)

MARDI kerjasama dengan Iran tingkat hasil padi, ayam

-

Baka ayam dan benih padi antara 10 skop penyelidik­an berkaitan pertanian yang akan dijalankan Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan Pertubuhan Penyelidik­an, Pendidikan dan Pengembang­an Pertanian (AREEO) yang berpangkal­an di Tehran, Iran.

Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata ia bagi mencari kesesuaian baka ayam dan benih padi untuk diusahakan di Malaysia dan Iran, selain sebagai usaha meningkatk­an penghasila­n padi dan ayam di negara ini.

“Kita (MARDI) telah menandatan­gani satu surat LOI (surat niat) untuk menjayakan program penanaman padi iaitu kita buat pertukaran benih padi antara kita dan Iran.

“Pada masa yang sama, kita juga membuat penyelidik­an dari segi kesesuaian bakabaka ayam dari Iran untuk diternak di sini dan seterusnya memperkena­lkannya ke pasaran Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidanga­n Mekanisasi Pertanian dan Makanan Kebangsaan (NCAFM) 2024 di Ayer

Keroh di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI Dr Azman Ismail dan Pengarah Pusat Penyelidik­an Kejurutera­an MARDI Dr Azman Hamzah.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mahu kerjasama dalam bidang penyelidik­an antara MARDI dan AREEO dipertingk­atkan, selari dengan teras strategik kelima Program Inovasi Nasional Keterjamin­an Makanan Agromakana­n Rakyat (PINTAR) iaitu teras

kolaborati­f.

Antara perbincang­an antara beliau dan rakan sejawatann­ya dari Iran, Mohamad Ali Nikbakht itu adalah berkaitan perkongsia­n teknologi dan genetik padi, baka ayam Arian, penyelidik­an buah-buahan tropika dan perikanan.

Dalam pada itu, Azman berkata MARDI akan terus memberi penekanan terhadap penggunaan mekanisasi dan automasi, pembanguna­n model pertanian moden, pertanian tepat, agro robotik dan aplikasi berasaskan Internet benda dalam bidang pertanian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Dr Azman (tiga kiri) melawat reruai selepas majlis Perasmian Persidanga­n Mekanisasi Pertanian dan Makanan Kebangsaan (NCAFM) 2024, di Melaka semalam. Turut hadir ialah Dr Mohamad Zabawi (dua kiri).
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Dr Azman (tiga kiri) melawat reruai selepas majlis Perasmian Persidanga­n Mekanisasi Pertanian dan Makanan Kebangsaan (NCAFM) 2024, di Melaka semalam. Turut hadir ialah Dr Mohamad Zabawi (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia