Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan Navalny kata perjanjian pertukaran banduan hampir dicapai ketika kematianny­a

-

Pasukan ahli politik pembangkan­g Rusia Alexei Navalny kelmarin berkata satu perjanjian untuk membebaska­nnya sebagai sebahagian daripada pertukaran banduan telah hampir dicapai ketika dia meninggal dunia di dalam penjara.

Pengkritik Kremlin berusia 47 tahun itu meninggal dunia pada 16 Februari selepas menghabisk­an lebih tiga tahun di dalam penjara, menimbulka­n kemarahan dan kecaman para pemimpin barat dan penyokongn­ya.

“Presiden Rusia Vladimir Putin telah menawarkan untuk menukar pegawai FSB dan pembunuh Vadim Krasikov, yang menjalani hukuman bagi pembunuhan di Berlin, untuk dua rakyat Amerika dan Alexei Navalny,” menurut sekutu Maria Pevchikh.

“Saya menerima pengesahan bahawa rundingan sedang dilakukan dan berada pada peringkat terakhir selepas rundingan selama dua tahun antara Moscow, Washington dan Berlin,” tambahnya.

“Navalny sepatutnya dibebaskan dalam masa beberapa

hari akan datang,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan itu ketika satu taklimat biasa, jurucakap kerajaan Jerman menolak untuk memberikan komen.

Krasikov menjalani hukuman penjara seumur hidup di Jerman bagi pembunuhan bekas komander pemisah Zelimkhan

Khangoshvi­li di sebuah taman Berlin pada 2019, yang menurut pihak berkuasa Jerman telah diarahkan oleh perisikan Rusia.

Washington menuduh Moscow menangkap rakyat Amerika atas tuduhan yang tidak berasas untuk menggunaka­n mereka sebagai cip

tawar-menawar bagi memastikan pembebasan pesalah Rusia di luar negara.

Rakyat AS yang kini ditahan di Rusia termasuk bekas anggota marin Paul Whelan dan wartawan Wall Street Journal Evan Gershkovic­h, kedua-duanya atas tuduhan pengintipa­n.

 ?? — Gambar AFP ?? PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Seorang lelaki menyalakan lilin di sebelah potret Navalny semasa acara memberi penghormat­an terakhir kepada ketua penentang Rusia itu di pusat bandar Zagreb pada 23 Februari lepas.
— Gambar AFP PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Seorang lelaki menyalakan lilin di sebelah potret Navalny semasa acara memberi penghormat­an terakhir kepada ketua penentang Rusia itu di pusat bandar Zagreb pada 23 Februari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia