Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan ke atas masjid di Burkina Faso ragut banyak nyawa

- Niger. — AFP

Serangan ke atas sebuah masjid di timur Burkina Faso telah mengorbank­an banyak nyawa, pada hari yang sama ketika satu lagi serangan terhadap penganut Katolik yang menghadiri misa, sumber tempatan dan keselamata­n memberitah­u AFP kelmarin.

“Beberapa individu bersenjata telah menyerang sebuah masjid di Natiaboani pada Ahad kira-kira sekitar 5 pagi waktu tempatan, mengakibat­kan beberapa orang terbunuh,” menurut sumber keselamata­n.

“Kesemua mangsa beragama Islam, kebanyakan­nya lelaki yang datang untuk sembahyang subuh,” kata seorang penduduk tempatan melalui panggilan telefon.

Satu lagi sumber tempatan berkata, “pengganas telah memasuki pekan pada waktu awal pagi. Mereka mengepung masjid dan menembak ke arah jemaah, yang berkumpul di sana untuk sembahyang pertama bagi hari itu.”

“Beberapa orang daripada mereka telah ditembak, termasuk seorang ketua agama yang penting,” tambah sumber itu.

Anggota tentera dan anggota Volunteers for the Defence of the Fatherland (VDP), sebuah pasukan warga awam yang menyokong pihak tentera, telah turut disasarkan “oleh gerombolan ini yang datang dalam jumlah yang besar”, menurut sumber yang sama.

Sumber itu menyifatka­nnya sebagai serangan berskala besar yang turut menyebabka­n kerosakan besar.

Natiaboani merupakan sebuah komuniti luar bandar kira-kira 60 kilometer (37 batu) di selatan Fada N’Gourma, pekan utama di wilayah timur Burkina, yang menyaksika­n serangan yang kerap oleh kumpulan bersenjata sejak 2018.

Pada hari yang sama ketika serangan ke atas masjid, sekurang-kurangnya 15 warga awam terbunuh dan dua lagi tercedera dalam serangan ke atas sebuah gereja Katolik semasa misa Ahad di utara Burkina Faso, menurut pegawai kanan gereja.

Jean-Pierre Sawadogo, paderi bagi keuskupan Dori, dalam satu kenyataan berkata “serangan pengganas” berlaku di perkampung­an Essakane ketika penduduk sedang berkumpul bagi misa Ahad.

Kampung Essakane dikenali sebagai zon “tiga sempadan” di timur laut negara berhampira­n sempadan biasa Burkina Faso, Mali dan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia