Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan Piala Liga trofi Liverpool ‘paling istimewa’ dalam karier Klopp

-

Jurgen Klopp menyatakan bahawa kemenangan Piala Liga Liverpool menentang Chelsea sebagai trofi ‘paling istimewa’ dalam kariernya selepas jurulatih Jerman itu mengetahui dia boleh menang dengan skuad mudanya.

Virgil van Dijk meraih kemenangan 1-0 buat Liverpool dengan tandukan dramatik dua minit sebelum masa tambahan tamat di Wembley pada Ahad.

Kemenangan Liverpool amat manis buat Klopp kerana ia diperolehi semasa kelabnya mengalami kecederaan yang memaksa jurulatih itu untuk menurunkan anak-anak buah yang sangat tidak berpengala­man.

Jurulatih The Reds memulakan Conor Bradley dan Harvey Elliott yang berusia 20 tahun dan membawa masuk Bobby Clark (19), James McConnell (19), Jayden Danns (18) dan Jarell Quansah (21) dari bangku simpanan.

Kecederaan telah menyebabka­n Klopp kehilangan Mohamed Salah, Trent Alexander-Arnold, Diogo Jota, Darwin Nunez, Alisson Becker dan Joel Matip, manakala Ryan Gravenberc­h diusung keluar pada separuh masa pertama.

Oleh itu, Klopp meletakkan trofi ketujuh dalam sembilan tahun dia di Liverpool sebagai trofi yang paling dihargai dalam kerjayanya.

“Dalam lebih 20 tahun, ia merupakan trofi paling istimewa yang pernah saya menangi. Ia benar-benar luar biasa,” katanya.

“Kadang-kala orang bertanya kepada saya sama ada saya berbangga dengan sesuatu dan ia agak rumit, saya harap saya boleh berasa lebih bangga tetapi malam ini ia perasaan yang luar biasa.

“Saya bangga dengan semua orang yang terlibat dalam segala-galanya di sini. Saya bangga dengan akademi kami, saya bangga dengan

jurulatih saya, saya bangga dengan banyak perkara. Ia amat mengharuka­n.”

Bekas pemain pertahanan Liverpool, Alan Hansen, terkenal kerana mengkritik keputusan Alex Ferguson untuk memainkan beberapa pemain muda Manchester United, termasuk David Beckham, Paul Scholes dan Gary Neville, dengan berkata “kamu tidak boleh menang apa-apa dengan budakbudak”.

Kata-kata itu memakan diri Hansen selepas anak-anak muda United mendominas­i Liga Perdana.

Klopp tidak pernah mendengar kata-kata Hansen itu sehinggala­h selepas kejayaan Ahad lalu.

“Saya diberitahu ada frasa bahasa Inggeris yang menyatakan kamu tidak boleh memenangi trofi dengan budakbudak. Saya tidak pernah tahu itu,” katanya.

“Saya suka. Bolehkah kamu mencipta cerita yang tidak pernah berlaku dalam bola sepak sebelum ini? Ia sangat sukar. Jika kamu boleh menemui mana-mana cerita tentang sekumpulan kanak-kanak akademi yang menentang pasukan terkemuka seperti Chelsea dan menang, ia luar biasa.”

Tersenyum lebar sejurus selepas jaringan Van Dijk dan sambutan selepas perlawanan, Klopp menikmati setiap saat yang mungkin merupakan lawatan terakhirny­a ke Wembley selepas pengumuman bahawa dia akan meninggalk­an Liverpool pada penghujung musim.

“Saya tidak peduli dengan legasi saya. Saya tidak berada di sini untuk itu. Ia tiada kaitan dengan perlawanan terakhir saya di Wembley,” katanya.

“Ia tentang melihat wajah anak-anak. Bagi saya ia kenangan yang sangat indah untuk selama-lamanya.”

Ditanya sama ada pemudapemu­da Liverpool bersedia untuk naik ke pentas besar, Klopp berkata: “Jelas sekali umur tidak menjadi masalah sama sekali. Ia jelas dalam latihan, inilah pemain yang akan kami bawa ke final. Kami memerlukan bakatbakat yang segar.”

Sementara Klopp berharap kejayaan Liverpool meningkatk­an usaha mereka untuk kekal di puncak Liga Perdana dan memenangi Piala FA dan Liga Europa, jurulatih Chelsea, Mauricio Pochettino menggesa pemain-pemainnya untuk menerima kesakitan kekalahan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? ISTIMEWA: Klopp (tengah) dan Van Dijk menjulang trofi kemenangan sejurus tamat perlawanan final Piala Liga Inggeris di antara Chelsea dan Liverpool di stadium Wembley, di London, baru-baru ini.
— Gambar AFP ISTIMEWA: Klopp (tengah) dan Van Dijk menjulang trofi kemenangan sejurus tamat perlawanan final Piala Liga Inggeris di antara Chelsea dan Liverpool di stadium Wembley, di London, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia