Utusan Borneo (Sarawak)

Penguranga­n mata penalti ke atas Everton beri rangsangan dalam usaha mengelak penyingkir­an

-

LONDON: Penalti Everton kerana melanggar peraturan kewangan Liga Perdana telah dikurangka­n daripada 10 mata kepada enam mata berikutan rayuan, memberikan mereka rangsangan besar dalam usaha mengelak zon penyingkir­an.

Kelab itu dikenakan hukuman berat pada November selepas suruhanjay­a bebas mendapati kerugian mereka telah melebihi 19.5 juta pound yang dibenarkan di bawah peraturan keuntungan dan kemampanan (PSR) liga sepanjang tempoh penilaian musim 2021/2022.

Kelab dibenarkan kehilangan maksimum 105 juta pound dalam tempoh tiga tahun atau mereka bakal berdepan sekatan.

Keputusan asal - pemotongan mata terbesar dalam sejarah Liga Perdana - menyebabka­n salah satu kelab paling terkenal di England itu jatuh ke tangga ke-19 dalam carta liga dan berjuang untuk mengelak zon penyingkir­an.

Namun demikian, lembaga rayuan bebas telah mengurangk­an hukuman mereka sebanyak empat mata, mengangkat anak buah Sean Dyche ke tangga ke-15 carta liga - lima mata di luar zon penyingkir­an dengan berbaki 12 perlawanan.

“Everton FC merayu sekatan yang dikenakan terhadapny­a atas sembilan alasan, setiap satu berkaitan dengan sekatan dan bukannya fakta pelanggara­n, yang diakui kelab itu,” kata Liga Perdana dalam satu kenyataan kelmarin.

“Dua daripada sembilan alasan itu telah diterima oleh lembaga rayuan, yang telah menggantik­an potongan 10 mata kepada enam.”

Lembaga rayuan membuat kesimpulan bahawa suruhanjay­a asal membuat “kesilapan undang-undang” atas dua alasan.

Ia mendapati Everton “kurang berterus terang” berhubung dengan maklumat yang mereka beritahu kepada Liga Perdana mengenai hutang yang berkaitan dengan stadium baharu mereka, dan mendapati bahawa dengan berbuat demikian, kelab itu telah melanggar peraturan liga.

Walaupun bersalah, Everton hanya melakukan kesilapan tidak sengaja terhadap Liga Perdana.

Lembaga rayuan juga mendapati suruhanjay­a itu tidak mengambil kira tanda aras sekatan, seperti garis panduan Liga Bola Sepak Inggeris.

Everton berkata mereka berpuas hati bahawa rayuan itu telah mengurangk­an hukuman asal.

Kelab Goodison Park, dalam proses membina stadium baharu, mungkin berdepan satu lagi kemungkina­n potongan mata selepas didakwa melanggar peraturan buat kali kedua pada bulan Januari, untuk tiga musim sehingga 2022/2023.

Everton berkata mereka “gembira dengan keputusan lembaga rayuan untuk membatalka­n keputusan asal suruhanjay­a bahawa kelab itu gagal bertindak dengan niat baik”.

“Keputusan itu, bersamasam­a dengan mengurangk­an potongan mata, merupakan prinsip yang sangat penting untuk kelab semasa rayuan,” tambah kenyataan itu. “Oleh itu, kelab itu berasa wajar untuk meneruskan rayuannya.

“Walaupun keputusan lembaga rayuan dan keputusan positif tersebut, kelab tetap komited sepenuhnya untuk bekerjasam­a dengan Liga Perdana berhubung prosiding berterusan untuk tempoh perakaunan yang berakhir pada Jun 2023.”

Juara Inggeris sembilan kali, Everton, sentiasa berada di divisyen teratas sejak 1954 dan tidak pernah diturunkan daripada Liga Perdana.

Tetapi musim lalu, mereka berjaya mengelak kejatuhan dengan dua mata sahaja, kali terakhir memenangi trofi pada 1995 dan telah bertahun-tahun berada di bawah bayang-bayang pesaing jiran, Liverpool.

Juara Liga Perdana, Manchester City tahun lalu didakwa dengan 115 dakwaan pelanggara­n peraturan keadilan kewangan dalam kes yang masih berjalan.

Hanya dua kelab lain telah menerima potongan mata dalam sejarah Liga Perdana.

Middlesbro­ugh telah ditolak tiga mata kerana gagal bermain perlawanan menentang Blackburn pada musim 1996/1997, manakala pada 2010 Portsmouth telah ditolak sembilan mata.

Kedua-dua kelab tidak dapat menyelamat­kan diri daripada penyingkir­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia