Utusan Borneo (Sarawak)

Hatrik Dybala beri Roma kemenangan 3-2 ke atas Torino

- — AFP

Paulo Dybala menjaringk­an hatrik pertamanya dalam jersi Roma semasa kemenangan 3-2 ke atas Torino dalam Serie A kelmarin untuk mengekalka­n cita-cita Liga Juara-Juara pasukan ibu kota itu.

Roma berada di tempat keenam liga dengan 44 mata, empat mata di belakang Bologna yang menduduki tempat terakhir slot Liga Juara-Juara.

Fiorentina naik ke tangga ketujuh, tiga mata di belakang Roma selepas memintas Lazio, yang jatuh ke tangga kelapan.

Pemain pertahanan England, Chris Smalling bermula untuk Roma selepas hampir enam bulan.

Bekas penyerang Juventus, Dybala, berada dalam prestasi cemerlang beberapa hari selepas pasukan Rom itu mara mengatasi Feyenoord untuk mara ke pusingan 16 akhir Liga Europa.

“Bakat juara muncul. Pemain seperti Paulo tegas dan bagi saya mereka tidak boleh dipersoalk­an,” kata jurulatih Roma, Daniele De Rossi.

“Kami tahu bahawa ia akan menjadi sukar selepas kerja keras pada hari Khamis.”

Dybala mendapat gol pembukaann­ya menerusi sepakan penalti tiga minit sebelum masa rehat dalam perlawanan yang sengit di Stadio Olimpico.

Duvan Zapata menghidupk­an semula harapan Torino dua minit kemudian, menanduk masuk untuk memastikan pelawat kekal dalam permainan pada wisel separuh masa.

Dybala sekali lagi datang untuk menyelamat­kan, menjaringk­an gol kedua pada 57 minit, menyempurn­akanhatrik­nya12 minit kemudian berikutan kerjasama dengan pemain gantian, Romelu Lukaku.

Bagi Dybala ia hatrik ketujuh dalam kariernya, dan yang pertama sejak Oktober 2018 dalam Liga Juara-Juara untuk Juventus.

Dean Huijsen tidak sengaja memasukkan bola ke dalam gol sendiri semasa permainan berbaki dua minit, membuat perlawanan menjadi tegang.

Tetapi pasukan De Rossi bertahan untuk meraih kemenangan berturut-turut selepas kekalahan menyakitka­n 2-4 kepada pendahulu liga, Inter Milan dua minggu lalu.

“Sudah tentu kami boleh mengurangk­an penderitaa­n, perlawanan itu boleh dimatikan, kami boleh menguruska­nnya dengan lebih baik sehingga tamat, tetapi saya berpuas hati, saya melihat perkara-perkara yang baik,” kata De Rossi.

Di padang lain, Lazio terjatuh di Tuscany sekaligus terlepas peluang untuk merapatkan jurang dengan kumpulan jiran mereka apabila kalah 1-2 di Fiorentina.

Fiorentina bangkit untuk menumpaska­n Lazio walaupun cubaan mereka terkena tiang tiga kali dan terlepas sepakan penalti.

Luis Alberto meletakkan Lazio di hadapan selepas 45 minit tetapi Michael Kayode dan Giacomo Bonaventur­a membalas dengan dua gol dalam masa lapan minit.

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Dybala (kiri) bersaing mendapatka­n bola dengan penyerang Torino Nikola Vlasik pada perlawanan Serie A Itali di antara Roma dan Torino di stadium Olimpik di Rom, kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Dybala (kiri) bersaing mendapatka­n bola dengan penyerang Torino Nikola Vlasik pada perlawanan Serie A Itali di antara Roma dan Torino di stadium Olimpik di Rom, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia