Utusan Borneo (Sarawak)

Muhammad Haikal sasar bawa pulang mahkota juara Masters Orleans 2024

-

Pemain beregu lelaki negara, Muhammad Haikal Nazri meletakkan sasaran membawa pulang mahkota kejuaraan sulung tahun ini bersama pasanganny­a, Choong Hon Jian pada kejohanan Badminton Masters Orleans 2024 di Orleans, Perancis, pada 1217 Mac ini.

Muhammad Haikal berkata beliau mahu mengecap kejayaan membanggak­an di Orleans bagi menambat hati jurulatih untuk menyenarai­kan mereka ke dalam skuad Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, pada 28 April-5 Mei ini.

“Setakat ini persediaan baik, kalau tengok undian agak bagus dan ada peluang (juara di Orleans). Sekiranya nak tunjuk (kami) layak (Piala Thomas 2024) kena buktikan ketika di Orleans ini .

“Jika menang gelaran dapat beri kepercayaa­n kepada jurulatih, jika kalah macam mana nak masuk ke skuad Piala Thomas,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini semalam.

Hon Jian-Muhammad Haikal bakal membuat perhitunga­n dengan satu lagi wakil negara, Lwi Sheng HaoJimmy Wong pada pusingan pertama kejohanan bertaraf Super 300 tersebut.

Biarpun dibelenggu prestasi kurang meyakinkan pada permulaan musim, Muhammad Haikal berkata beliau dan Hon Jian sedang berusaha keras mencapai semula persembaha­n terbaik mereka Disember lepas sehingga bergelar juara dua kali berturut-turut di India pada saingan Antarabang­sa India Syed Modi 2023 dan Masters Guwahati.

Muhammad Haikal-Hon

Jian memulakan kempen 2024 dengan tersingkir seawal pusingan kedua pada Masters Indonesia 2024 kepada Daniel Lundgaard-Mads Vestergaar­d dari Denmark, 17-21, 19-21.

Nasib ternyata tidak menyebelah­i pasangan ranking ke-39 dunia itu apabila terpaksa menarik diri pada pusingan pembukaan Masters Thailand 2024, susulan kecederaan buku lali dialami Muhammad Haikal sewaktu ketinggala­n 7-16 pada set pertama kepada Kim Won Ho-Na Sung Seung dari Korea Selatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia