Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil berat kebajikan polis: CUEPACS

Kerajaan perlu sedia kemudahan secukupnya untuk menjaga produktivi­ti tugas pasukan polis: Adnan

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

Kongres Kesatuan Pekerjapek­erja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan mengambil berat tentang kebajikan anggota polis dalam konteks sistem gaji dan keperluan kemudahan kuarters.

Presiden CUEPACS Datuk Dr Adnan Mat berkata, kemudahan kuarters bukan sahaja tidak mencukupi buat masa ini, malah kuarters sedia ada juga keadaannya cukup usang.

“Justeru, melalui pembentang­an Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pada 13 Oktober tahun lalu yang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi tujuan memperbaik­i kuarters, perlu juga diberi keutamaan kepada kuarters anggota keselamata­n, khususnya polis di bandar raya Miri ini.

“Bukan sahaja kuarters, pejabat juga ada yang tidak sesuai untuk dijadikan pejabat, ini bermakna kemudahan dalam konteks sebuah pejabat untuk digunakan bagi urusan pekerjaan anggota polis dan kemudahan kuarters untuk anggota polis sebenarnya adalah tidak sesuai digunakan oleh mereka.

“Maka, ini adalah suatu yang amat kritikal, pasukan polis masih terus kekal memberi perkhidmat­an terbaik walaupun mereka berada dalam serba kekurangan dalam bentuk kebajikan mereka sendiri, khususnya kuarters yang patut disediakan untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat dan lawatan kerja CUEPACS ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di sini, semalam.

Hadir sama pada kunjungan hormat dan lawatan kerja tersebut ialah Timbalan Presiden CUEPACS Malaysia Aminuddin Awang.

Adnan menjelaska­n, adalah penting bagi kerajaan menyediaka­n kemudahan secukupnya agar memberi keberkesan­an dalam bentuk produktivi­ti tugas pasukan polis.

“Melihat kepada harga rumah, sewa ataupun beli di luar sana yang amat tinggi, dengan gaji yang mereka (polis) terima itu adalah amat tidak mampu untuk menyewa rumah di luar, maka penyelesai­an terbaik kerajaan adalah dengan melihat kuarters sedia ada di samping menambah bilangan kuarters kepada pasukan keselamata­n,” ujarnya.

Selain itu Adnan berkata, CUEPACS berasakan kerajaan tidak sepatutnya mengehadka­n jumlah perjawatan

dalam empat cabang utama iaitu polis, tentera, guru dan kesihatan, sebaiknya diberi keutamaan untuk mereka membuat penambahan perjawatan.

“Dengan nisbah yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) dalam tujuan penambahan anggota polis di Miri ini, kita rasa tidak relevan untuk diukur dalam bentuk jumlah kes.

“Tidak semestinya (apabila) jumlah kes yang tinggi, (baru) anggota itu ditambah, mungkin anggota sedia ada ini telah berkhidmat dengan baik mengekang jenayah dan sebagainya, akhirnya mereka terkesan dari segi kesihatan kerana anggota polis yang tidak cukup.

 ?? ?? LAWATAN KERJA: Adnan (duduk tengah) dan Aminuddin (duduk kiri) bersama rombongan CUEPACS Malaysia dan Sarawak merakam kenangan semasa kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Miri, semalam.
LAWATAN KERJA: Adnan (duduk tengah) dan Aminuddin (duduk kiri) bersama rombongan CUEPACS Malaysia dan Sarawak merakam kenangan semasa kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia