Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Wan Junaidi terima Darjah SBS yang membawa gelaran ‘Pehin Sri’

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam menerima anugerah tertinggi negeri Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (SBS) yang membawa gelaran ‘Pehin Sri.’

Semasa istiadat pengurniaa­n anugerah itu yang berlangsun­g di Astana Negeri, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mewakili kerajaan negeri menyampaik­an anugerah itu kepada Tun Wan Junaidi yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri kelapan pada 29 Januari lalu.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang berucap pada istiadat itu berkata, Tun Wan Junaidi mempunyai kerjaya tersohor yang membuktika­n dedikasiny­a terhadap perkhidmat­an awam.

“Dengan kerjaya yang menjangkau beberapa dekad dengan perkhidmat­an berdedikas­i kepada negara dan masyarakat antarabang­sa, kepimpinan

Tun Wan Junaidi dicirikan oleh komitmen yang mendalam terhadap kecemerlan­gan, integriti dan kemajuan masyarakat,” kata Awang Tengah.

Tun Wan Junaidi yang dilahirkan pada 1 Februari 1946 di Sadong Jaya, Simunjan memiliki Ijazah Kedoktoran dalam Pentadbira­n Perniagaan (DBA) daripada University of Southern California, Ijazah Barrister Utter daripada Council of Legal Education, London dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada University of Buckingham, England.

Sebelum menjadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Wan Junaidi telah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti dalam jawatan awam termasuk Yang Dipertua Dewan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi, Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

 ?? — Gambar UKAS ?? DARJAH TERTINGGI: Abang Johari menyampaik­an darjah SBS yang membawa gelaran ‘Pehin Sri’ kepada Tun Wan Junaidi pada Istiadat Pengurniaa­n Pingat di Astana Negeri, semalam.
— Gambar UKAS DARJAH TERTINGGI: Abang Johari menyampaik­an darjah SBS yang membawa gelaran ‘Pehin Sri’ kepada Tun Wan Junaidi pada Istiadat Pengurniaa­n Pingat di Astana Negeri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia