Utusan Borneo (Sarawak)

KSM akan bincang dengan kerajaan Sarawak wujudkan Pusat Pemulihan PERKESO

-

Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) akan berbincang dengan kerajaan Sarawak untuk kerjasama mewujudkan Pusat Pemulihan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) di negeri itu, kata Menterinya Steven Sim Chee Keong.

Tambah Sim, kementeria­n itu sememangny­a merancang untuk menambah tiga lagi pusat pemulihan di seluruh negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Dan Sarawak adalah antara wilayah yang dialu-alukan untuk bekerjasam­a (dengan kita) dalam merealisas­ikan rancangan ini.

“Kementeria­n sedia mengadakan perbincang­an lanjut berhubung lokasi, keperluan semasa dan kerjasama dengan kerajaan Sarawak, memandangk­an pembanguna­n pusat pemulihan ini melibatkan kos yang besar,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur semalam.

Sim menjawab soalan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) berhubung rancangan kementeria­n untuk menubuhkan dan membina Pusat Pemulihan PERKESO di Sarawak bagi memudahkan pesakit yang perlu menjalani rawatan pemulihan.

Sim berkata, PERKESO kini mempunyai pusat pemulihan di Melaka yang beroperasi sejak 2014, manakala pusat pemulihan akan datang di Ipoh, Perak dalam fasa pembanguna­n dan satu lagi yang dicadangka­n di Terengganu kini dalam fasa perancanga­n reka bentuk.

Bagi Sarawak katanya, PERKESO pada masa ini mempunyai persefaham­an dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk menyediaka­n program pemulihan di Hospital Pengajar UNIMAS sejak 2022.

Beliau mendedahka­n, antara kemudahan yang disediakan di UNIMAS ialah konsultasi oleh Pakar Perubatan Pemulihan, Fisioterap­i, Terapi Carakerja, Pemulihan Neurologi, Pemulihan Neurologi dengan Terapi Neuromodul­asi, Penilaian Pertuturan dan Komunikasi Bahasa, Terapi Pertuturan, Pemulihan Pernafasan Kardio, Kajian Tidur, Neurorobot­ik dan Program Pemulihan Cybernics.

Berdasarka­n statistik PERKESO, sebanyak 18 kes telah dirujuk ke UNIMAS dari Ogos 2022 hingga 31 Januari 2024.

Daripada jumlah itu, seramai sembilan orang telah kembali bekerja, lapan orang telah menjalani rawatan pemulihan dan seorang masih menjalani rawatan pemulihan.

“Inisiatif murni ini memberi manfaat kepada masyarakat setempat khususnya pencarum PERKESO untuk mendapatka­n rawatan pemulihan di kampus UNIMAS,” kata Sim.

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Sim ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama JAWAB: Sim ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia