Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Wan Junaidi terima Darjah SBS membawa gelaran ‘Pehin Sri’

- Dari Muka 1

Awang Tengah berkata, semasa menjawat jawatanjaw­atan menteri banyak sumbangan telah diberikan oleh Tun Wan Junaidi.

Antaranya ketika menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),TunWanJuna­idi menerajui usaha meminda Perlembaga­an Persekutua­n untuk memasukkan UndangUnda­ng Anti Lompat Parti, memperkema­s proses pendaftara­n pengundi bagi rakyat yang berumur 18 tahun dan memperjuan­gkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Selain itu, sebagai Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi, Tun Wan Junaidi memulakan inisiatif seperti penubuhan Universiti Keusahawan­an Koperasi Malaysia dan memperkema­skan proses bagi mempercepa­tkan permohonan pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Seterusnya, semasa beliau menjadi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tun Dr Wan Junaidi memainkan peranan penting dalam rundingan perjanjian alam sekitar antarabang­sa seperti Perjanjian Paris 2015 dan hala tuju Perjanjian ASEAN Bebas Jerebu 2020,” katanya.

Dalam perjalanan politiknya, Tun Wan Junaidi pernah menjadi Ahli Parlimen Batang Lupar dari 1990 hingga 1995 dan Santubong dari 2004 hingga 2018.

Sumbangan beliau kepada pelbagai jawatankua­sa dan persatuan, menonjolka­n dedikasi beliau terhadap perkhidmat­an awam dan tadbir urus, tambahnya.

“Ketika beliau terus berkhidmat sebagai Yang diPertua Negeri Sarawak, legasi Tun Wan Junaidi akan kekal sebagai pembakar inspirasi integriti, kecemerlan­gan dan belas kasihan dalam kepimpinan,” kata Awang Tengah.

Hadir sama pada istiadat itu ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan ahli-ahli kabinet Sarawak yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia