Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pasang kekasih cuba curi motosikal diberkas

Cubaan mereka melarikan diri menggunaka­n kereta di Simpang Bukut berjaya dipintas polis Mukah

- Oleh Michael Ubam

Polis terpaksa menggunaka­n kekerasan minimum dan akhirnya berjaya menahan kesemua suspek di Simpang Bukut, Jalan Mukah-Selangau pada jam 4.14 petang.

MUKAH: Dua lelaki dan dua wanita diberkas selepas cubaan mereka melarikan diri menggunaka­n sebuah kereta di Simpang Bukut berhampira­n Jalan MukahSelan­gau kelmarin berjaya dipintas pihak polis.

Terdahulu, kesemua suspek meloloskan diri menggunaka­n sebuah kereta dipercayai mengelak daripada ditangkap oleh orang awam selepas mereka cuba mencuri sebuah motosikal di jalan simpang masuk ke Politeknik Mukah.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Abdullah berkata, dua pasang kekasih terbabit tiada pekerjaan dan berusia 20 hingga

36 tahun.

“Polis kemudian berjaya mengesan sebuah kereta kompak yang dinaiki kesemua suspek yang sekali lagi cuba melarikan diri.

“Polis terpaksa menggunaka­n

kekerasan minimum dan akhirnya berjaya menahan kesemua suspek di Simpang Bukut, Jalan Mukah-Selangau pada jam 4.14 petang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Muhamad Rizal berkata, semakan mendapati kereta yang digunakan oleh suspek menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu dan dilaporkan hilang di Selangau sebelum ini.

“Semakan juga mendapati lelaki berusia 36 tahun dan wanita berusia 21 tahun terbabit mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Hasil siasatan awal suspek turut mengaku terlibat dengan beberapa kes curi motosikal di kawasan Mukah dan Selangau,” jelasnya lanjut.

Muhamad Rizal berkata, ujian urin yang dijalankan mendapati keempat-empat suspek positif dadah jenis Methamphet­amine dan Amphetamin­e.

Katanya lagi, dua suspek lelaki direman selama empat hari mulai semalam hingga 3 Mac, manakala dua suspek wanita direman sehingga Khamis ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubung­i Inspektor Mohd Hafez Abdul Razak di talian 012-9677525 atau pegawai penyiasat kes Sarjan Mohamad Noor Kadren di talian 014-8890399.

DSP Muhamad Rizal Abdullah Ketua Polis Daerah Mukah

 ?? ?? TUMPAS: Suspek-suspek yang merupakan warga tempatan ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes curi kenderaan di Mukah dan Selangau.
TUMPAS: Suspek-suspek yang merupakan warga tempatan ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes curi kenderaan di Mukah dan Selangau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia