Utusan Borneo (Sarawak)

Rogol: Lelaki dipenjara 22 tahun, lima sebatan

-

Seorang lelaki dikenakan hukuman penjara 22 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua pertuduhan merogol dan satu serangan seksual ke atas gadis berusia 14 tahun ketika insiden berlaku.

Hakim Saiful Bahari Adzmi menjatuhka­n hukuman ke atas Bolhasan Hashim, 36, selepas mendapati dia bersalah bagi tiga pertuduhan pada akhir pembelaan kes.

Bolhasan didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Dia juga didapati bersalah melakukan serangan seksual di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017, boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi dua pertuduhan pertama, dia dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan setiap satu pertuduhan manakala untuk pertuduhan ketiga, dia dipenjara enam tahun dan satu sebatan.

Hakim mengarahka­n hukuman penjara dijalankan secara berturut-turut dan Bolhasan harus menjalani kaunseling pemulihan menurut Seksyen 26 SOACA sepanjang penahanann­ya.

Selain itu Bolhasan diperintah diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun serta merta sebaik menamatkan hukuman.

Menurut pertuduhan pertama dan kedua, Bolhasan telah merogol mangsa pada awal November 2022 sekitar 12 tengah hari dan pada 10 November 2022 sekitar jam 5 petang di sebuah tanam di Petra Jaya di sini.

Manakala pertuduhan keti

ga, dia melakukan serangan seksual ke atas mangsa di sebuah kampung di Petra Jaya di sini sekitar 10 malam pada 10 November 2022.

Berdasarka­n fakta-fakta kes, pada 7 Disember 2022,

mangsa telah dirujuk kepada seorang doktor selepas mengadu sakit di bahagian abdomen dan selepas ditanya oleh doktor mangsa memberitah­u dia telah dirogol oleh Bolhasan.

Susulan kenyataan mangsa itu, doktor yang merawatnya membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Pada hari sama, kakak mangsa juga membuat laporan polis selepas mangsa memberitah­u kepadanya yang dia telah dirogol serta diserang secara seksual.

Laporan-laporan polis itu akhirnya membawa kepada penahanan Bolhasan pada 8 Disember 2022.

Siasatan yang dilakukan mendedahka­n Bolhasan telah merogol mangsa beberapa kali pada November 2022 di sebuah taman di Petra Jaya di sini.

Kes itu menyaksika­n tujuh saksi, iaitu dua doktor, mangsa, kakak mangsa, dan tiga pegawai polis, dipanggil ke tempat kejadian.

Pendakwaan kes itu dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fauzan Zamri, manakala Bolhasan tidak diwakili peguam bela.

 ?? ?? KE PENJARA: Polis mengiringi Bolhasan ketika berada di Kompleks Mahkamah Kuching selepas dia dijatuhkan hukuman semalam.
KE PENJARA: Polis mengiringi Bolhasan ketika berada di Kompleks Mahkamah Kuching selepas dia dijatuhkan hukuman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia