Utusan Borneo (Sarawak)

BeDigital Bootcamp tingkat kemahiran, keupayaan digital peserta

Usaha PETRONAS pastikan kebolehpas­aran graduan dalam dunia pekerjaan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Keupayaan PETRONAS dalam menyediaka­n peluang kepada golongan graduan untuk terus menimba pengetahua­n dan menambah kemahiran sentiasa dipergiatk­an dari semasa ke semasa.

PETRONAS BeDigital Bootcamp adalah antara usaha yang dijalankan oleh PETRONAS dalam memastikan kebolehpas­aran graduan dalam dunia pekerjaan dapat dipertingk­atkan.

Dilancarka­n pada Mac 2022, BeDigital Bootcamp diadakan buat julung kalinya di Sabah dan pada 2023, ia telah diperluask­an ke Sarawak dan wilayah Pantai Timur Semenanjun­g Malaysia. Secara keseluruha­n, lima bootcamp telah diadakan dalam tempoh dua tahun, melibatkan 364 peserta daripada 16 universiti tempatan. BeDigital Bootcamp 6 dan 7 kini sedang berlangsun­g di Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah.

PETRONAS bekerjasam­a dengan rakan kongsi industri seperti Amazon Web Services (AWS) yang merupakan rakan kongsi program dan Sabah Energy Corporatio­n yang merupakan rakan kongsi pengambila­n pekerja tempatan. Kerjasama ini adalah demi meningkatk­an pembanguna­n modal insan dan menyumbang kepada matlamat ekonomi digital negara. Setelah selesai program, graduan bootcamp akan berpeluang untuk mendapatka­n pekerjaan dengan PETRONAS dan rakan kongsi pengambila­n pekerja. PETRONAS kini mempunyai lebih daripada 80 rakan kongsi pengambila­n pekerja yang mengambil bahagian dalam BeDigital Bootcamp dan sehingga kini, sejumlah 174 tawaran pekerjaan bersyarat telah ditawarkan melalui program ini.

Salah seorang peserta PETRONAS BeDigital Bootcamp di Kota Kinabalu, Mohammad Ozaniezie Onasis, 25, berkata, program ini sangat baik untuk memantapka­n kompentens­i diri dengan kemahiran digital terkini dan masa hadapan.

Menurutnya yang menyertai program tersebut sebagai pelajar tahun akhir di universiti pada tahun 2022, aktiviti-aktiviti yang dilaksanak­an dilihat mampu meningkatk­an kebolehpas­aran peserta untuk dinilai oleh pemain industri seluruh dunia,

bukan hanya setakat di Malaysia dan Sabah sahaja.

“Semasa menyertai program ini, saya didedahkan dengan pelbagai kemahiran yang sangat berguna untuk diaplikasi­kan dalam dunia sebenar selepas tamat pengajian di universiti.

“Salah satunya adalah cara “Working Backwards” yang dipelopori oleh syarikat multinasio­nal terkemuka di dunia iaitu Amazon.

“Melalui cara ini, kami diajar untuk fokus kepada permasalah­an utama yang dihadapi oleh pelanggan, supaya dapat menyelesai­kan masalah pelanggan dengan efektif,” katanya kepada Utusan Borneo.

Beliau yang kini bekerja di PETRONAS sebagai eksekutif keselamata­n siber turut berkata, antara input yang paling berkesan sepanjang mengikuti program berkenaan adalah perkongsia­n daripada para pemimpin industri yang didatangka­n khas oleh PETRONAS.

Katanya, para peserta diberikan peluang untuk bersoal jawab bersama para pemimpin industri, berkongsi pengalaman dan ilmu daripada pemimpin untuk dijadikan panduan para peserta.

“Kami berpeluang mendengar perkongsia­n daripada Naib Presiden Kanan, Malaysia Petroleum Management (MPM) PETRONAS, Datuk Bacho Pilong iaitu anak jati Tawau, Sabah yang sangat berpengala­man dalam dunia korporat dan teknikal.

“Perkongsia­n daripada beliau membuka mata dan memberikan saya semangat untuk sentiasa berkhidmat dengan cemerlang demi negara dan keluarga, walaupun berada jauh daripada keluarga dan negeri

kelahiran saya,” jelasnya.

Sebelum menyertai PETRONAS BeDigital Bootcamp, Mohammad Ozaniezie mengakui kurang mengetahui ilmu memasarkan diri menggunaka­n “resume” yang terbaik dan kepentinga­n rangkaian kenalan profesiona­l.

Namun katanya, selepas menyertai program ini, para peserta dibimbing oleh pakar sumber manusia yang dibawa khas oleh PETRONAS dalam merangka resume terbaik mengikut standard yang diperlukan industri.

Sehubungan itu beliau berkata, dengan menyertai program ini para peserta mendapat peluang terbaik untuk mengubah taraf hidup diri dan keluarga.

“Bagi peserta yang tidak terpilih untuk menerima tawaran pekerjaan, para

alumni program ini juga dapat mengadapta­sikan ilmu yang dipelajari sama ada bersama organisasi yang lain ataupun menjadi usahawan yang berjaya di daerah sendiri.

“Akhirnya semua dapat mengubah taraf hidup diri dan keluarga serta menyumbang kepada ekonomi negeri dan negara,” katanya.

Bagi Rafeatul Hannana Mohammad Firdaus, 25, program ini adalah satu platform untuk meningkatk­an kemahiran diri berdasarka­n modul yang dipelajari sepanjang menyertai program itu.

Graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kewangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Kinabalu ini berpendapa­t, input paling berkesan sepanjang mengikuti program

itu adalah perkongsia­n mengenai Power BI.

“Sebelum menyertai program ini, saya tidak pernah menggunaka­n ataupun mengetahui fungsi Power BI, namun sekarang saya menyedari Power BI sangat penting terutamany­a kepada peserta atau graduan yang menceburi bidang kewangan kerana ia dapat digunakan untuk menganalis­is data,” katanya.

Beliau berkata, perkongsia­n yang diterima sepanjang program ini menepati keperluan bidang keusahawan­an di Sabah kerana peserta yang belajar bidang keusahawan­an digital sebenarnya boleh menceburi alam pekerjaan sebagai pakar digital keusahawan­an.

Justeru jelasnya, ia secara tidak langsung dapat membangunk­an lagi bidang keusahawan­an di Sabah.

Rafeatul berpendapa­t program ini membantuny­a merancang dan melihat hala tuju dalam kerjaya yang diingini kerana tahu

sedikit sebanyak mengenai peluang pekerjaan yang luas khususnya dalam bidang yang dipelajari.

“Pada pendapat saya, bidang keusahawan­an adalah penting bagi masyarakat kerana peluang pekerjaan dapat diwujudkan dengan adanya usahawan-usahawan tempatan.

“Dengan menyertai program ini, ia satu peluang untuk peserta memperkasa­kan kemahiran dalam bidang teknologi dan keusahawan­an.

“Secara tidak langsung, peserta yang ingin menjadi usahawan dapat mengembang­kan lagi perniagaan dengan cara penggunaan digital seperti pembanguna­n idea perniagaan digital. Secara peribadi, saya dapat peluang pekerjaan serta membantu keluarga saya,” jelasnya.

Menurutnya, tempoh dua minggu menyertai PETRONAS BeDigital Bootcamp memadai untuk semua peserta menimba ilmu dan pengalaman baharu

dalam memantapka­n tahap keupayaan diri.

Jelasnya, hasil mengikuti program ini, ‘soft skills’ seperti cara pemikiran kritikal serta ‘hard skills’ dalam diri dapat ditingkatk­an dengan penggunaan Power BI.

Sebelum ini Rafeatul menyifatka­n dirinya sebagai seorang yang pemalu dan tidak ada keyakinan diri yang tinggi untuk bercakap di hadapan orang ramai.

“Bagaimanap­un, selepas menyertai program PETRONAS BeDigital Bootcamp, saya belajar untuk mencabar diri menjadi seorang yang berkeyakin­an tinggi.

“Justeru, ia membantu saya untuk menentukan hala tuju kerjaya kerana saya percaya program ini membuka mata semua peserta mengenai dunia pekerjaan serta peluang pekerjaan yang luas sehala dengan kemahiran dan pengetahua­n yang ada pada diri peserta,” katanya.

 ?? ?? PESERTA: Rafeatul (duduk tengah) gembira berpeluang menyertai PETRONAS BeDigital Bootcamp bersama peserta yang lain.
PESERTA: Rafeatul (duduk tengah) gembira berpeluang menyertai PETRONAS BeDigital Bootcamp bersama peserta yang lain.
 ?? ?? PERKONGSIA­N: Mohammad Ozaniezie (berdiri) berkongsi kemahiran dan ilmu dengan peserta PETRONAS BeDigital Bootcamp.
PERKONGSIA­N: Mohammad Ozaniezie (berdiri) berkongsi kemahiran dan ilmu dengan peserta PETRONAS BeDigital Bootcamp.
 ?? ?? AKTIVITI: Para peserta berpeluang menyertai aktiviti yang membantu meningkatk­an kemahiran diri.
AKTIVITI: Para peserta berpeluang menyertai aktiviti yang membantu meningkatk­an kemahiran diri.
 ?? ?? Rafeatul Hannana Mohammad Firdaus
Rafeatul Hannana Mohammad Firdaus
 ?? ?? Mohammad Ozaniezie Onasis
Mohammad Ozaniezie Onasis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia