Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Jantung Sarawak berpotensi jadi 10 terbaik

Boleh dicapai jika diberi lebih banyak dana, autonomi, tahun lepas berada dalam 100 teratas di Asia Pasifik Beri kami peluang, ramai rakyat Sarawak boleh melakukann­ya.

- Datuk Amar Dr Sim Kui Hian Timbalan Premier Sarawak

KUCHING: Pusat Jantung Sarawak berpotensi untuk menjadi antara 10 hospital kardiologi khusus terbaik di rantau Asia Pasifik jika diberi lebih banyak dana dan autonomi.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, pada tahun lepas, Pusat Jantung Sarawak menurut Newsweek, berada dalam 100 teratas di rantau Asia Pasifik.

“Beri kami peluang, ramai rakyat Sarawak boleh melakukann­ya.

“Jika kerajaan persekutua­n memberi kita wang yang mencukupi, kita boleh mencapai 10 teratas,” katanya pada Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-8 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Batu Kitang dan Tahun Baharu Cina, malam kelmarin.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

mengulangi bahawa Pusat Jantung Sarawak juga merupakan satu-satunya

hospital awam dari Malaysia yang tersenarai dalam senarai 100 teratas.

“Kami (Pusat Jantung Sarawak) bukanlah yang terbesar (di Malaysia). Kami bukan yang tertua kerana yang tertua adalah di Pulau Pinang (tetapi) mereka tidak berada dalam 100 teratas.

“Jadi, (ini menunjukka­n) kita boleh melakukann­ya. Beri kami peluang, kembalikan kuasa kami,” katanya.

Beliau memberitah­u, Pusat Jantung Sarawak telah menyediaka­n rawatan kepada 245,000 orang dalam tempoh 22 tahun lepas.

Mengenai perkara lain, Dr Sim menyeru rakyat Sarawak terus menyokong Premier

Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mana dasar-dasarnya bukan sahaja membolehka­n Sarawak meningkatk­an hasil tetapi juga menjadikan negeri ini lebih dihormati dan dikagumi.

Bagi pihak SUPP, beliau berterimak­asihkepada­penyokong yang menyokong mereka membolehka­n calon SUPP menang pada Pilihan Raya Negeri lalu dan menjadi wakil rakyat dalam kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang dan Pengerusi

SUPP Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang berkata Sarawak sedang mencapai kemajuan yang mantap di bawah kepimpinan berkeboleh­an Abang Johari sebagai Premier Sarawak.

“Kita perlu mempunyai kerajaan yang sangat stabil.

“Kita memerlukan setiap rakyat Sarawak untuk bersatu di bawah GPS dan dengan satu suara, menuntut hak dan autonomi seperti kesihatan dan pendidikan kembali ke Sarawak.

“Di sini, saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada Timbalan Premier Yang Berhormat Dr Sim kerana aktif memperjuan­gkan lebih banyak kemudahan kesihatan, lebih banyak pusat jantung dan lebih penting lagi untuk autonomi kesihatan Sarawak daripada kerajaan persekutua­n,” katanya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? RAIKAN: Dr Sim (tengah) mengetuai majlis memotong kek ulang tahun dan turut kelihatan Lo (empat kiri).
— Gambar Chimon Upon RAIKAN: Dr Sim (tengah) mengetuai majlis memotong kek ulang tahun dan turut kelihatan Lo (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia