Utusan Borneo (Sarawak)

Acara Miri Marathon 2024 terima lebih 6,000 peserta

-

Acara Miri Marathon 2024 yang dinanti-nantikan dan dijadual berlangsun­g pada 3 Mac depan ternyata mencipta rekod baharu apabila menyaksika­n 6,274 peserta dari 37 negara telah mendaftar untuk mengambil bahagian.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, seramai 43 peratus daripada peserta pada tahun ini merupakan pelari antarabang­sa, sekali gus menonjolka­n tarikan Miri Marathon di peringkat global.

“Tahun ini, acara Miri Marathon 2024 menawarkan empat kategori kepada peserta iaitu 42 Kilometer (KM) Marathon Penuh, 21 KM Separuh Marathon, 10 KM Speed Run dan 5 KM Fun Run.

“Kita juga berbesar hati untuk memaklumka­n bahawa 6,274 peserta yang mendaftar pada tahun ini, sekali gus memecahkan rekod dan menandakan peningkata­n yang ketara daripada tahun-tahun sebelumnya,” kata Lee.

“Ini adalah bukti semangat dan sokongan yang semakin meningkat untuk Miri Marathon,” katanya pada sidang media Miri Marathon 2024 di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Miri di sini, semalam.

Miri Marathon 2024 yang dianjurkan oleh Persatuan Marathon Bahagian Miri, dijadualka­n bermula jam 12 tengah malam dari Jalan Merpati di hadapan Permaisuri Imperial City Mall.

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada semua peserta, tempatan dan antarabang­sa, kerana memilih untuk menjadi sebahagian daripada acara yang luar biasa ini.

“Kami juga mengalualu­kan semua orang dengan tangan terbuka, sama ada anda seorang pelari maraton yang berpengala­man atau pelari kali pertama,” tambah beliau.

Lee berkata, beliau amat berbesar hati untuk menjadi tuan rumah bagi acara bertaraf antarabang­sa itu dengan penyertaan peserta dari negara-negara seperti Brunei, United Kingdom (UK), Indonesia, Singapura, China, Kenya, India, Korea Selatan dan banyak lagi.

Menurut Lee lagi, Miri Marathon ini bukan sekadar perlumbaan sebaliknya menyifatka­n ia adalah ‘perayaan’ yang melibatkan perpaduan, kepelbagai­an dan semangat manusia yang dizahirkan oleh para peserta.

“Justeru, kita amat menantikan acara yang tidak dapat dilupakan ini dan berharap ia akan berjalan lancar dan dipenuhi dengan warna-warna kejayaan, persahabat­an, pencapaian dan keseronoka­n. Bersama-sama kita menjayakan Miri Marathon 2024,” ujar Lee.

 ?? ?? BERSEDIA: Lee (duduk, tengah) pada sidang media mengenai Miri Marathon 2024 semalam sambil disaksikan ahli jawatankua­sa penganjur dan rakan kerjasama yang lain.
BERSEDIA: Lee (duduk, tengah) pada sidang media mengenai Miri Marathon 2024 semalam sambil disaksikan ahli jawatankua­sa penganjur dan rakan kerjasama yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia